Sukan

Jalan pulang kejutan Brazil

Pasukan pilihan ramai Piala Dunia 2018, Brazil ditunjuk jalan pulang oleh Belgium pada suku akhir pagi ini.

Kekalahan 1-2 ibarat episod penuh duka buat Brazil apabila ditundukkan pasukan bukan pilihan.

Satu lagi pasukan perdana pulang selepas Jerman, Argentina, Portugal dan Sepanyol terlebih dahulu terbang.

Tektikal jurulatih Belgium, Roberto Martinez yang membuat rombakan posisi pemain membuahkan hasil dan mampu membuatkan Brazil gagal membaca rentak semasa mereka mendahului

2-0 pada babak pertama. 

“Inilah satu kejayaan besar dan paling manis buat peminat Belgium. Mengalahkan Brazil di Piala Dunia adalah sesuatu yang sangat besar,” kata Martinez.

Belgium akan bertemu Perancis yang mengalahkan Uruguay.

Semi final nanti catat sejarah kerana inilah kali kedua buat mereka. Kali pertama dan terakhirnya mereka layak ialah pada tahun 1986.

Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois banyak menyelamatkan percubaan Brazil yang membolehkan pasukan Neymar  tersingkir.