Hiburan

Jejaka Mesir MUHANAD, Kekasih MIMI FLY

INSTA ONLINE tumpang gembira apabila penyanyi cantik Mimi Fly kini sedang bahagia dengan jejaka Mesir, Muhanad El Saddiq MD yang juga personal trainer di sebuah gim.

Mereka sudah 10 bulan bercinta sejak mula saling mengenali pada akhir Disember tahun lalu.

Mimi Fly dan Mohanad sudah 10 bulan bercinta

Cerita Mimi Fly, “nak tahu, pada asalnya saya mengenali Muahand di sebuah gim. Saya memang mahu maintain bentuk badan dan Muhanad sebagai personal trainer banyak membantu saya.

“Itulah… Kata orang, dari mata terus jatuh ke hati. Itulah yang berlaku antara kami apabila pertama kali bertemu. Memang saya suka dia, namun saya tak sangka dia pun ada perasaan yang sama.

“Bercakap tentang Muhanad, saya belajar banyak perkara daripadanya. Walaupun kami datang dari dua budaya yang berbeza, namun kami serasi dan seronok apabila dapat berkongsi pengalaman baru bersamanya.

“Buat masa ini kami belum fikir pasal kahwin kerana masih dalam proses mengenali. Tentang ke arah itu, tengoklah kepada keadaan.”

Manakala Muhanad atau nama sebenarnya pula menjelaskan, dia sangat seronok sepanjang mengenbali Mimi.

Insta Online doakan Mimi dan Mohanad bertemu jodoh. Amin…

Katanya, “Mimi seorang yang baik hati, berbakat besar, pandai berfesyen dan saya rasa selesa setiap kali bersamanya. Pasal kahwin tu, kami tidaklah merancang, go with the flow.”

Sebelum ini, Mimi Fly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 31dan Mohd Firdaus Hajar berkahwin pada 16 Mei 2015 dan bercerai pada akhir tahun lalu.

Mimi yang juga bekas anggota One Nation Emcees ini sedang popular dengan lagu Superfly

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook: Insta Online
Instagram: instaonline.com.my_