Viral

Jerit di Mahkamah: Ellie Suriaty tak dapat sokongan artis

Kisah pelakon Ellie Suriaty Omar di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur semasa berhimpun memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mendapat perhatian ramai.

Ada yang sokong dan ada juga yang menempelaknya balik kerana membuat kacau di mahkamah. Malah Ellie juga dibawa keluar oleh polis kerana dikatakan cuba membuat provokasi. Ellie bagaimanapun nafi dia buat provokasi.

Ellie Suriaty

Golongan artis juga ada yang tidak sependapat dengan tindakannya dan menganggap tingkahnya keterlaluan dan memalukan golongan artis.

Jaafar Onn juga terpanggil melontarkan komen dalam satu posting di Facebook yang memperkatakan perlakuan Ellie itu.

“Kenapa ia…dia pernah makan dedak juga ke? Perangai memalukan artis Malaysia,” komen Jaafar.

Pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud juga memuatkan status berkaitan kejadian segelintir individu yang terpekik terlolong di mahkamah secara umum tanpa merujuk kepada mana-mana individu.

“Dok jerit Melayu, Melayu tapi adab Melayu tak dipraktikkan…buat malu lah wei,” tulis Fauziah.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang menyokong usul Fauziah.

“Dia berlakon tu mencuba untuk dapat pencalonan best female lead actor for foreign film di Cannes tahun depan.¬†Semoga berjayaya cuma bagi saya¬† a bit overact lah,” kias pengacara Omar Arif pula.

Ellie dibawa keluar oleh polis.

“Dah takder job ke Kak Ellie?” tulis rapper Damian Mikhail dalam perkongsian video yang memperlihatkan gelagat Ellie terjerit di mahkamah.

“Lorhh tak sangka bongok rupanya Ellie Suriaty ni,” komen seorang pengikut dalam posting Damian itu.

Ellie dilihat antara yang lantang menjerit Melayu… Melayu… Melayu… semasa Ketua Hakim Negara Tommy Thomas mahu mengadakan sidang media di tempat terbuka di Mahkamah. Ellie dan sekumpulan penyokong juga melaungkan slogan Bebas Najib.

“Amaran: Mendedak mengakibatkan kebongokan dan kebangangan, dan boleh membuat mangsa terjerit, terpekik, terlolong di tempat awam,” tulis pelakon Hafizuddin Fazil tanpa menamakan sesiapa.

Status Fauziah Ahmad Daud

“Orang nak buat sidang media dia jerit MELAYU… apa teruk bebenooorrr... macam 1st time pula kat mahkamah mereka ni. Aku pernah masuk mahkamah rayuan.. fully English beb… tu pun lima tahun lepas. Hakim tiga orang tu Melayu… tua tua semuanya,” tulis seorang pengguna Facebook, Muhammad Fadhullah.

Turut kelihatan di mahkamah bersama-sama Ellie ialah pelakon Rena Tan dan Mat Over.

Sementara itu menjawab kepada media pasal tindakannya, Ellie berkata dia berada dalam negara demokrasi dan berhak memilih parti politik dan berhak untuk menyuarakan pandangan.

“Kalau netizen nak cakap negatif, terpulang kepada mereka dan saya tak boleh nak kata apa. Saya anak seni dan kerjaya saya tak terikat dengan kerajaan. Malah, saya juga terima diri sebagai pembangkang,” kata Ellie.