Hiburan Video

[VIDEO] Jojie duta wangian Cemara

Selepas bertahun menjadi tulang belakang Ratu Rock Ella, akhirnya Jojie kini ke depan sebagai selebriti.

Jojie kini dilantik sebagai duta minyak wangi keluaran Wave Industry, Cemara yang baharu sahaja dilancarkan.

Jojie sedia menerima tawaran pihak Wave kerana dia sememangnya pengumpul minyak wangi aneka jenama. 

“Saya sukakan baunya serta mahu menyokong produk keluaran tempatan. Lagi pula pihak Wave juga menjalankan aktiviti amal dengan jualan Cemara,” kata Jojie.

Sebanyak RM3 daripada jualan minyak wangi berharga RM69. 90 untuk 30ml itu akan disalurkan kepada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor.

“Aktiviti amal ini juga salah satu sebab saya dengan senang menerima tawaran Wave,” kata Jojie lagi.

Cemara datang dalam dua versi iaitu untuk lelaki dan wanita. Fasa pertama jualan hanya melalui laman sesawang www.cemarabywave.com. Boleh juga hubungi talian 011 3670 0685 untuk menempah.

Pihak Wave juga akan mengadakan road tour mempromosikan Cemara untuk menyemarakkan pemasarannya dalam masa terdekat.

Ikuti temu bual Insta Online bersama Jojie pasal perlantikannya sebagai duta Cemara.