Buletin

Jom selami kisah Pesakit Mental Bipolar Disorder

Gangguan bipolar ialah penyakit mental yang menjejaskan ragam, tenaga dan keupayaan seseorang untuk berfungsi.

Seseorang yang mengalami gangguan ini mengalami perubahan ragam atau mood daripada perasaan terlalu gembira kepada kemurungan.

Hakikatnya gangguan bipolar amat membebankan pesakit dan keluarga mereka dan boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan, jangka hayat lebih pendek, pengasingan sosial dan kualiti hidup kurang baik.

Pat dan Tiffany merupakan tunjang utama kisah Pesakit mental

Mengangkat kisah seorang penghidap penyakit ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan tontonan filem yang mendapat banyak anugerah dalam Oscar untuk tahun 2013 iaitu “Silver Linings Playbook”. 

Filem ini akan disiarkan semula pada 16 Oktober ini, pukul 9.30 malam menerusi TV2. Filem arahan David O Russel ini menampilkan lakonan mantap Bradley Cooper, Jacki Weaver, Jennifer Lawrence dan Robert Di Nero.

Ia mengangkat kisah watak utama pengidap penyakit ‘Bipolar Disorder’ cuba untuk menyesuaikan diri untuk menjalani kehidupan yang normal.

Beliau kemudian berkenalan dengan seorang janda yang memerlukan bantuannya untuk menjadi pasangan tarian di dalam satu pertandingan.

Akhirnya beliau dapat menghilangkan perasaan stres dan meneruskan hubungan cintanya dengan pasangan baru itu.

Antara babak dalam filem ini

Kisahnya bermula dengan watak lelaki bernama Pat Solitano yang mempunyai sakit ‘Bipolar Disorder’ yang tinggal bersama keluarganya selepas menjalani rawatan selama lapan bulan di sebuah institusi mental.

Selepas dibebaskan Pat berhasrat untuk balik kehidupan biasa dan juga hendak bersama isterinya, tetapi isterinya telah minta diceraikan. Pat menghadapi pelbagai masalah dan tekanan perasaan daripada masa ke masa yang kadangkala beliau tidak dapat mengawal dirinya dan pernah bergaduh dengan bapanya sendiri.

Suatu hari Pat berjumpa dengan seorang janda bernama Tiffany yang mempunyai masalahnya sendiri. Tiffany menawarkan diri untuk membantu menghantar surat Pat kepada bekas isterinya dengan syarat Pat menjadi pasangannya dalam satu pertandingan tarian.

Mereka berlatih bersama dan menjadi makin rapat sehingga membibitkan perasaan cinta di antara mereka. Terapi tarian, perhubungan dengan Tiffany dan rasa cinta telah membantu Pat mengatasi masalah mental yang dihadapinya selama ini dan dapat melupakan bekas isterinya buat selamanya dan menjalinkan hubungan cintanya dengan Tiffany.

Antara babak menarik yang mesti ditonton

Namun apakah kesudahannya? Siapakah yang menjadi pilihan antara Tiffany atau isterinya? Dapatkah Pat mengatasi penyakitnya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook:Insta Online
Instagram :@instaonline.com.my_