Alhamdulillah… Rezeki pelakon cantik bermata seksi Farah Nabilah Saipuddin, 26, semakin murah. Bukan sahaja dalam lakonan dan pengacaraan, Farah Nabilah yang lebih mesra dipanggil Fawa turut dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Hatian (ABPBH) yang ke -31 baru-baru ini.
Biasanya, kalau dah makin popular, pelakon naikkan harga. Bagaimana pula dengan Fawa ya?
Cerita Fawa, “tidak dinafikan, saya ada dengar juga bayaran pelakon biasanya berdasarkan populariti seseorang itu. Bagi saya pula, kalau letak harga mahal, orang tak mahu ambil saya.
“Saya rasa produser sekarang pun sudah bijak letak harga yang sesuai dengan populariti, bakat dan kuantiti kerja yang diberikan kepada mana-mana pelakon. Jadi, saya harap tiak timbul soal saya demand atau meminta bayaran yang tidak masuk aka.
“Begitu juga dengan pemilihan watak. Tidaklah saya mahu watak utama sahaja. Kalau watak sokongan itu bagus dan mencabar, saya tetap akan ambil. Dalam masa yang sama saya lebih utamakan kualiti berbanding kuantiti. “
Luah Farah Nabilah yang semakin popular semenajk berlakon siri drama Titian Cinta (TV3) bersama Zul Ariffin.
Raikan peminat
Fawa juga rasa terharu kerana para peminatnya terutama kelab peminat Fawaarriors tidak jemu-jemu mengundi siang dan malam untuk memastikan dia menggenggam trofi dalam ABPBH 31.
“Alhamdulillah… Sudah menjadi rezeki saya menang kategori itu. Finalis lain pun hebat-hebat, cuma rezeki berpihak kepada saya.
“Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menyokong saya yang masih baru dalam industri ini. Siapalah saya tanpa mereka. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Saya bertuah kerana anda semua.
“Insya Allah… saya mahu meraikan kejayaan ini bersama para peminat selepas saya pulang dari Eropah November ini. Saya akan shooting selama sebulan di sana untuk satu program travelog (RTM).”
Begitulah cerita Farah Nabilah yang sedang popular dengan siri drama Cik Reen Encik Ngok Ngek (Astro) bersama Fikry Ibrahim.
Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline
Facebook: Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_