Gaya Hidup

Kekal Tubuh Sedap & Tidak Boroi, Ini Petua  KHALIS FITRI

Ramai lelaki terutamanya suami-suami orang mengadu kat Insta Online, bagaimana nak dapatkan tubuh cantik dan yang penting tidak boroi (buncit).

Untuk itu, Insta Online ada bertanyakan kepada model yang juga personal trainer di gym yang berasal dari Singapura, Khalis Fitri atau nama sebenarnya Muhammad Khalis Fitri Mohamed Johari, 29.

Khalis Fitri sangat berdisiplin untuk mengekalkan bentuk tubuh yang cantik

Cerita Khalis, “setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk mendapatkan tubuh yang cantik dan sihat.

“Sebagai personal trainer, diharapkan apa yang saya kongsikan bermanfaat untuk semua.

“Saya sentiasa bersenam di gim sebanyak tiga atau empat kali seminggu. Bila bersenam, biarlah perlahan-lahan asalkan konsisten dan amalkan pemakanan yang seimbang

“Makanan seimbang yang saya maksudkan adalah yang tidak berlemak dan bukan makanan ringan seperti snek kerana kandungannya tidak bagus untuk tubuh.

Khalis elak minum air bergas dan berusaha untuk mendapatkan tidur yang cukup

“Seboleh-bolehnya elakkan minuman yang bergas atau berkarbonat  kerana ia mengandungi kadar gula yang sangat tinggi. Boleh dikatakan gula adalah ‘musuh’ kepada sesiapa yang sedang menjalani diet.

“Selain amalan senaman dan pemakanan sihat, tidur yang cukup juga perlu. Itu sangat penting.”

Luah Khalis Fitri yang menegaskan agar senaman yang dibuat haruslah betul caranya dan bukannya buat sesuka hati.

Sambungnya, “tidak dinafikan, ada yang mengadu  kenapa berat atau bentuk badan tetap kurang memuaskan walaupun sudah bersenam.

“Malah ada yang makin naik berat badan apabila tinggalkan senaman.

Selain aktif dalam modeling, Khalis berminat mahu menceburi bidang lakonan terutamanya watak aksi

“Nasihat saya, jangan cepat putus asa, teruskan berusaha. Bagi  yang baru bermula, harus mengambil personal trainer.
“Mereka akan mengajar atau memberi tip yang harus dilakukan supaya anda dapat mencapai matlamat anda.”

Begitulah cerita Khalis Fitri yang sebelum ini pernah memasuki pertandingan Manhunt Singapore pada tahun 2014 dan dinobatkan sebagai Mr Electrifying Smile.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)