Hiburan

Komen Biadap Netizen Terhadap ELYANA, Ramai Artis Bagi Semangat!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Insta Online turut bersedih apabila kanser penyanyi Elyana semakin merebak.

Disebabkan itu, Elyana perlu menjalani rawatan radioterapi sebanyak 10 kali kerana sel kanser kelenjar yang dihadapi sejak tuju tahun lalu sudah merebak ke saraf tunjang.

Yang tidak sedap didengar, apabila ada sesetengah netizen yang Biadap menghamburkan kata-kata negatif terhadap Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31.

Antara luahan Elyana terhadap netizen yang tidak bijak menegur. Kalau nak tegur tu harus berhemah dan kena cara serta waktunya. Letakkan diri anda di tempat pesakit kanser seperti Elyana.

 

Elyana menerusi Instagram dan Instagram story meluahkan rasa hampa dan sedihnya sebagai reaksi terhadap kata-kata netizen yang sungguh Biadap. Ada yang seolah-olah mendoakan kematian.

Allahhuakbar… Apa semua ni? Kepada para netizen, mungkin Elyana tidak kenal siapa anda. Tetapi Allah Maha Mengetahui dan setiap amalan kamu dicatat oleh malaikat.

Antara luahan Elyana di Instagram story hari ini:

Namun, dalam komen Biadap Netizen itu, Ramai lagi yang sayang dan memberikan kata-kata positif serta semangat kepada Elyana. Alhamdulillah…

Ramai artis yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat di Instagram. Antaranya adalah Haiza, Betty Rahmad, Mimi Ernida, Amir Raja Lawak, Nurul Depp, Iesya Toh dan ramai lagi.

Ramai juga peminat yang tidak jemu-jemu berdoa dan mahu Elyana terus kuat.

Kepada semua pembaca, anda tidak berada di tempat Elyana. Bermacam-macam Emosi yang dialaminya. Pelbagai perkara yang difikirkan apabila kanser dalam tubuh ya merebak.

Kita tak berhak nak menghukum orang begitu dan begini. Hanya Allah yang berhak mengadili.

Tegur tak salah.. Tapi biarlah kena cara dan waktunya. Lebih baik sama-sama kita doakan Semoga Elyana cepat sembuh ya! Amin…

Antara kata-kata semangat artis dan peminat buat Elyana:

Be strong Elyana. Allah, keluarga, teman-teman dan peminat sentiasa bersamamu.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)