Buletin

Konsert 4 sekawan Datuk, Baik Punya Konsert 4D

Datuk Hans Isaac sudah berjaya dengan penjenamaan siri Baik Punya dengan mementaskan teater Baik Punya Cilok. Kini dia memanjangkannya dengan pementasan Baik Punya Konsert-4D di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Dalam pementasan yang akan diadakan pada 26-28 Julai 2018 itu, Hans sendiri akan menyanyi bersama-sama tiga rakan yang kini bergelar Datuk, Awie, Afdlin Shauki dan AC Mizal. 

Hans Isaac

Konsert tersebut bukan nyanyian semata-mata sebaliknya turut diisi dengan sketsa pendek.

Tiga rakannya memanglah penyanyi dan pernah rakam album, cuma Hans yang hanya pernah menyanyi dalam pementasan.

Awie pasti ditunggu-tunggu

Dalam Cuci The Musical, Hans ada bahagian yang memerlukan dia menyanyi. Kali ini apabila berpadu dengan rakan-rakan penyanyi, Hans mengasah vokal lebih sedikit iaitu berguru dengan penyanyi Vince Chong.

“Dalam konsert ini nanti, setiap orang akan mempersembahkan beberapa lagu solo masing-masing, serta lagu-lagu nyanyian bersama,” kata Hans dalam sidang media berkaitan konsert itu di Istana Budaya hari ini.