Viral

Larang Operasi Khalwat.. PU SYED Desak DR. MUJAHID Letak Jawatan

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkenaan larangan penguatkuasaan operasi khalwat disifatkan sebagai tidak kena pada tempatnya dan seolah-olah menafikan bidang kuasa mutlak Sultan sebagai ketua agama Islam di negeri.

Pelbagai reaksi yang kita dengar daripada masyarakat apabila beliau  seolah-olah kononnya memberi ruang mudah kepada perbuatan maksiat seperti khalwat.

Kenyataan Datuk Dr. Mujahid tentang larangan operasi khalwat mendapat pelbagai reaksi di kalangan pendakwah dan masyarakat

Ada yang berpendapat, sepatutnya diteruskan sahaja cara kerajaan sebelum ini mencegah maksiat seperti berkhalwat atau berdua-duaan dengan bukan muhrim. Iyalah.. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan penzinaan berlaku.

Berikutan itu, penceramah terkenal Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali PU Syed,  mengajak masyarakat untuk mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bagi meletakkan jawatan kerana beliau tidak mampu menggalas tanggungjawab yang diberi dengan sebaiknya.

Pendedahan PU Syed  menerusi Facebooknya  mendapat perhatian ramai dan menjadi tular.

PU Syed Desak Mujahid letak jawatan dan memberi peluang kepada yang layak untuk mengambil alih peranannya

Baginya, berilah peluang kepada yang lebih layak untuk memegang jawatan tersebut.

Katanya, jangan dirombak apa yang sudah bagus atau baik untuk kesejahteraan masyarakat. Jangan bagi peluang kepada  golongan liberal bertepuk tangan.

Jom dengar apa kata PU Syed kenapa beliau mahu Datuk Dr. Mujahid letak jawatan?

PU Syed Mendesak Dr Mujahid Letak JawatanSaya seru agar Dato Dr Mujahid agar letak jawatan.. Sebagai menteri…

Posted by Suara Viral on Sabtu, 6 Oktober 2018

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Sumber: Suara Viral