Buletin

LUNCAI EMAS BER-TAMASYA DI KUALA LUMPUR

Wow!! peluang yang tidak boleh dilepaskan? Rugi kalau tak datang tau.

Syarikat rakaman tempatan legendaris Luncai Emas akan mengadakan showcase di The Bee, Publika, Kuala Lumpur pada 3 November ini.

Acara yang dinamakan Tamasya Anak Muda akan dibarisi oleh band di bawah naungan mereka yang menjadi kegilaan anak muda zaman ini seperti Satwo, Ramayan. Margasatwa, Iqbal M. dan Pitahati.

Luncai Emas yang pernah menerbitkan band seperti Spider, terkenal kerana menandatangani grup musik yang mempunyai identiti dan gerakan tersendiri.

Band Pitahati

Bersedialah untuk sebuah tamasya yang akan mengegarkan hari Sabtu anda. Acara yang akan berlangsung di The Bee, Publika ini juga menampilkan DJ set oleh Disko Santan.

Tiket Early Bird sudah habis terjual namun tiket PreSale masih boleh didapati di Teenage Head Records dan juga Gedung Malaya serta boleh dibeli waktu acara nanti.

Sebarang maklumat lanjut tentang tiket, boleh tekan link tiket di bawah.

Tiket: https://www.facebook.com/teenageheadrecords/

Tiket: http://chatwasap.com/909b77

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)