Buletin

MAK CUN & CHE TA Bantu Peniaga Tempatan

Kejayaan selebriti Mak Cun dan Che Ta dalam perniagaan menjadi inspirasi ramai peniaga tempatan.

Untuk itu, penyedia solusi e-dagang Malaysia, AVANA mengumumkan kolaborasi terbaharu bersama selebriti terkenal Erma Fatima atau lebih popular dengan gelaran Mak Cun dan Rozita Che Wan atau Che Ta untuk membantu peniaga kecil membawa perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa dan seterusnya menjana pendapatan di dalam ekonomi digital.

Dari kori: Erma Fatima, Luqman Adris, CheTa,
dan Yien Yee (Pegawai Pemasaran)

Cerita Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas AVANA, Luqman Adris, “kami berbesar hati untuk memperkenalkan Mak Cun dan Che Ta sebagai sebahagian daripada revolusi e-dagang di negara kita.

“Mereka adalah antara contoh usahawan Malaysia yang berwawasan tinggi dan kami percaya selepas ini lebih ramai usahawan yang boleh mengikut jejak mereka berdua dan seterusnya mencapai impian untuk membina bisnes yang berjaya.”

Program yang disertai dua selebriti popular ini dijangka dapat membantu sekurang-kurangnya 2,000 usahawan di seluruh negara untuk mengeksport produk mereka ke luar negara.

Selain itu, program ini juga akan membantu para usahawan membina nilai strategik bisnes mereka dalam skop tempatan dan seterusnya membawa momentum bisnes ke peringkat global.

Kurikulum program tersebut akan merangkumi aspek perancangan bisnes, strategi pemasaran, proses eksport serta syarat dan peraturan global yang perlu diketahui untuk pasaran antarabangsa.

Penggunaan aplikasi mudah alih AVANA, bakal membantu usahawan untuk membina kedai atas talian dan menguruskan pesanan pelanggan dengan lebih cepat menggunakan telefon mudah alih.

Aplikasi tersebut juga memudahkan usahawan memuat naik produk dan mengemaskini butiran inventori di hujung jari.

Dengan aplikasi yang sama, usahawan boleh terus berkongsi produk mereka di platform media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan saluran lain supaya pelanggan boleh terus membuat bayaran dengan satu langkah mudah.

Erma Fatima atau Mak Cun dan Che Ta mahu bantu peniaga tempatan untuk menjana lebih pendapatan dana bisnes mereka

Menerusi platform Avana ini juga, Mak Cun dan Che Ta telah berjaya mengembangkan perniagaan masing-masing ke pasaran yang lebih luas sekaligus memudahkan setiap urus niaga yang dijalankan mereka.

“Dunia e-dagang ini membuka satu peluang bisnes yang tiada batasan. Watak Mak Cun yang saya cipta mempunyai perniagaan sendiri.

“Dengan memanfaatkan AVANA sebagai platform jualan telah membantu saya mengembangkan jualan dan jumlah pelanggan yang sedia ada.” Luah Mak Cun yang lahirkan rasa bertuah lnya dipilih sebagai Sebahagian daripada projek ini.

Manakala Che Ta juga turut berkongsi rasa seronok apabila dapat membantu usahawan untuk menjana pendapatan.

Katanya,” saya ingin lebih ramai usahawan Malaysia menyertai kami untuk menggunakan kemudahan e-dagang.

“Ini adalah peluang terbaik untuk usahawan mempelajari cara membuka bisnes atas talian, dan AVANA sendiri memudahkan proses bisnes dan membantu meningkatkan jualan anda.”

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak AVANA di 014 977 4275 atau daftar di: http://bit.ly/AVANAExport

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)