Viral

Maksud Lirik SUCI DALAM DEBU (Allahyarham Saleem) Menurut USTAZ

Pemergian penyanyi lagenda, Allahyarham Saleem meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kita semua.

Namun, lagu-lagunya tetap hidup dalam sanubari kita kan?

Misalnya lagu Suci Dalam Debu yang cukup popular dari generasi ke generasi. Lagu malar segar yang tidak lapuk.

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Syed Putra Al Shahab, lagu ini ada maksud tersirat yang boleh kita tanam dalam jiwa.

Ustaz Syed Putra Al Shahab

Cerita Ustaz Syed Putra, “Engkau Bagai Air Yang Jernih, Di Dalam Bekas Yang Berdebu. Lirik ini seolah-olah menggambarkan dalam kehidupan kita, walau Suci mana pun kita, seikhlas mana pun kita, tapi kita hidup dalam dunia yang penuh dengan kekotoran.

“Zahirnya Kotoran Itu Terlihat, Kesucian Terlindung Jua. Lirik ini bermaksud, baik macam mana pun kita, sekali buat silap orang sudah nampak teruk. Kesucian terlindung jua…

“Cinta Hanya Bukan Hanya Di Mata, Cinta Hadir Di Dalam Jiwa. Baca saja bait lirik ini, cinta ini bukan hanya apa yang kita nampak, tapi cinta ini lahir daripada hati.

“Misalnya para sahabat mencintai Rasulullah s.a.w bukan sahaja sekadar sunnah, contohnya kisah Saad bin Rabi’ semasa prang Uhud. Para sahabat tidak nampak jenazah Saad. Lalu Rasulullah s.a.w meminta Zaid bin Harisath pergi cari Saad.

“Apabila dijumpai, Saad dalam keadaan teruk dan hampir mati syahid. Katanya Saad kepada Zaid, kirim Salam kepada Rasulullah s.a.w.

“Beritahu Rasulullah, pastinya Allah akan membalas segala kebaikan yang Rasulullah s.a.w buat, lebih daripada nabi-nabi Terdahulu.

Allahyarham Saleem popular dengan lagu Suci Dalam Debu

“Kata Saad lagi, sekiranya terdapat sebarang calar pada badan Rasulullah s.a.w, nescaya Aku akan persoalkan apa yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w.

“Ini sebab apa? Ini adalah cinta. Cinta daripada hati. Cinta daripada ketelusan. Inilah yang kita nak lahirkan melalui penganjuran kelas-kelas agama yang bercerita tentang Nabi. Sebab kita nak lahirkan rasa cinta itu daripada hati.”

Begitulah cerita Ustaz Syed Putra Al Shahab.
Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)

Sumber: Facebook: Suara Viral

Maksud Lirik Lagu Suci Dalam Debu (Nyanyian Arwah Saleem Iklim)Ustaz Syed Putra Al Shahab

Posted by Suara Viral on Isnin, 15 Oktober 2018

“Arwah Pergi Selepas Solat Subuh” – Isteri ALLAHYARHAM SALEEM

“Engkau Bagai Air Yang Jernih” – Luahan SYAFIQ FARHAIN Buat Allahyarham SALEEM