Sukan

Malaysia juara AFF U-19

Pasukan Bola Sepak Negara bawah 19 tahun menjuarai Piala AFF U-19 setelah menumpaskan Myanmar 4-3 dalam aksi di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo Surabaya, malam ini.

Kemenangan itu mendapat perhatian netizen yang mengucap tahniah di laman sosial masing-masing. 

Syed Saddiq meninggalkan tempat duduk VVIP untuk bersama penyokong Malaysia.

Malah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyaksikan perlawanan itu di sana turut mengucap tahniah.

Saddiq sebelum perlawanan, bertemu dengan pemain untuk memberi kata semangat dan menyampaikan sokongan seluruh rakyat Malaysia.

“Nama mereka akan tercatat dalam buku sejarah. History is created! Congratulations Harimau Muda. You’ve made us all proud! This is us shouting our lungs out…AGAIN,” tulis Syed Saddiq dalam laman Twitternya.

Gol pembukaan Malaysia melalui Awang Faiz pada minit ke-3 dan seterusnya pada minit ke -18, Nik Akif melebarkan 2-0.

Namun Myanmar melalui penyerang Win Naing Tun merapatkan kedudukan pada minit ke-24. Seterusnya mendahului  3-2 melalui jaringan Myat Khaung Khant (minit ke-26) dan Tak Ayal (minit ke -31).

Malaysia berjaya mengikat kedudukan 3-3 pada minit ke-75 melalui Shivan Pillay sebelum Nik Akif menjadi wira melalui sepakan percuma di luar kotak penalti pada minit ke-93.