Gaya Hidup

Miss World Dannok, LARRA JASSINTA Sedih Remaja Amal Seks Bebas

Hamil anak luar nikah? Ia seolah-olah sudah menjadi masalah biasa dalam kalangan masyarakat kita.

Gejala seks bebas atau luar nikah di kalangan remaja semakin menjadi-jadi sehingga membuatkan kes jenayah buang bayi terus berlaku.

Larra Jassinta sedih seks luar nikah menyebabkan kes buang bayi

Insta Online sempat bertanya kepada juara pertandingan Miss World Dannok 2018, Larra Jassinta, 24, yang turut bersedih dengan gejala seks luar nikah remaja yang semakin berleluasa.

Cerita Larra Jassinta, “sejujurnya.. Saya sangat kesal dan sedih apabila ramai remaja yang hangat bercinta sehingga terlanjur melakukan seks tanpa ikatan perkahwinan.

“Bila dah mengandung, barulah nak menyesal dan mula membuat tindakan bodoh untuk menggugurkan bayi yang dikandungnya.

“Lebih menyedihkan apabila bayi yang tidak berdosa dibuang seperti sampah! Takkan tak ada perasaan sayang terhadap bayi yang tidak tahu apa-apa. Sedihnya saya.

Larra harap gadis-gadis di luar sana agar jaga maruah diri dan tidak mudah diperdayakan lelaki yang belum tentu membahagiakan

“Haiwan pun sayangkan anaknya, inikan pula manusia. Kita adalah manusia yang dicipta mempunyai akal dan perasaan, jadi hal ini tidak sepatutnya berterusan.

“Pesan saya kepada remaja perempuan, jagalah mahkota anda yang sangat berharga. Dalam masa yang sama, jangan sia-siakan masa depan, keluarga dan kehidupan hanya kerana hanyut dengan cinta yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan.”

Luah juara pertandingan Miss World Dannok 2018 yang berlangsung pada 6 Oktober lalu bertempat di Dannok, Hatyai, Thailand.

Rahsia Jadi Juara Miss World Dannok 2018

Seramai 30 peserta yang bertanding untuk merebut gelaran Miss World Dannok 2018 pada 6 Oktober lalu.

Namun, kemenangan berpihak kepada Larra Jassinta yang mewakili Negara Panama.

Juara Miss World Dannok 2018, Larra Jassinta

Larra juga memenangi kategori Best Body Beautiful dan Best Evening Dress.

“Bukan mudah untuk bergelar Miss World Dannok 2018 kerana saingan daripada para peserta lain hebat-hebat belaka. Namun, sudah menjadi rezeki saya untuk menang.

“Apa yang boleh dikongsi, kejayaan saya untuk pertandingan ini bermula dengan usaha gigih, disiplin yang tinggi dan banyak membaca untuk menambah ilmu.

“Dalam masa yang sama, kekuatan mental juga perlu ada kerana saya harus bertenang apabila berada di pentas agar apa yang saya lakukan ‘cantik’ di mata juri.

“Selain itu, perlu mempunyai keyakinan diri dan haruslah menjadi diri kita sendiri sebagai seorang Ratu.

Pertandingan Ratu memerlukan Larra mempunyai kekuatan mental

“Pertandingan ini memerlukan saya memenuhi ciri-ciri Miss World Dannok yang dicari iaitu ‘beauty with brain’.

“Kecantikan yang saya maksudkan adalah cantik dari ‘head to toe’, bijak menggayakan (catwalk) pakaian daripada pereka terpilih, mempunyai senyuman seorang ratu , pandai berkomunikasi, bijak serta kreatif dalam  menjawab soalan juri.”

Begitulah cerita Larra Jassinta yang berpeluang ke pertandingan Miss International Queen pada  bulan Mac tahun depan.

Sebelum ini Larra Jassinta sudah beberapa kali menjadi juara dan finalis dalam banyak pertandingan Ratu seperti Miss IQP,  Miss Queen of The Queen, Miss Universe World, Miss Sophia Tyra dan banyak lagi.

Selain aktif menyertai pertandingan Ratu, Larra juga bekerja sebagai model, show girl dan mempunyai bisnes sendiri.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline
Facebook: Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_