Viral

Muktamad! Dilarang Merokok Di Kedai Makan & Warung

Sebelum ini kita sudah pun dengar tentang larangan merokok di tempat awam. Kali ini, muktamad dan bukan ‘dongeng’ lagi.

Pengumuman larangan ini telah dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye semasa mempengerusikan forum kesihatan di Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia di Kedah, semalam (11 Oktober 2018).

Menurut KOSMO Online, seba­nyak 30 persatuan perubatan me­nyatakan sokongan ter­hadap hasrat kerajaan untuk mewartakan kedai makan, wrung, gerai Penjaja atau tempat makan terbuka sebagai kawasan larangan merokok.

Antara persatuan berkenaan adalah Akademi Perubatan Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Yayasan Paru-paru Malaysia, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia.

Orang ramai dilarang Merokok di mana-mana tempat makan terbuka bermula 1 Januari 2019. – gambar hiasan

Menerusi satu surat terbuka yang ditandatangani oleh 30 persatuan perubatan itu, mereka menyokong cadangan terbabit dengan tujuan untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok sekunder.

Asap rokok mengandungi le­bih daripada 7,000 bahan kimia, sesetengahnya merupakan bahan karsinogenik atau penyebab kanser.

Pendedahan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru dan risiko penyakit angin ahmar kepada orang yang tidak merokok.

Mereka yang didapati merokok di kawasan larangan ini akan dikenakan denda sebanyak RM10,000 manakala restoran yang didapati tidak menguatkuasakan larangan itu akan dikenakan denda RM2,500.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram : @instaonline.com.my_