Hiburan

Murung: Haqiem Rusli harap pengesahan doktor redakan kecaman

Selepas dikecam teruk kerana dikatakan mempermainkan masalah kemurungan untuk tujuan gimik pelancaran lagu baru, penyanyi muda Haqiem Rusli berjumpa pakar psikiatrik Jumaat lalu.

Hasilnya doktor yang merawat mendapati dia mengalami kemurungan tahap tiga (daripada empat) dan diklasifikasikan sebagai kemurungan tahap sederhana.

Ernie Zakri dan Wany Hasrita, rakan artis di bawah bumbung syarikat FMC.

Penyanyi lagu Selamat Tinggal Sayang itu berharap pengesahan doktor itu meredakan kecaman yang diterimanya dan membuktikan dia tidak menipu semasa membuat kenyataan berkaitannya sebelum ini.

Dia bertemu dengan Dr. Yong Song Sheng dari International Psychology Centre di Taman Desa, Kuala Lumpur. Haqiem sendiri terkejut kerana pada jangkaannya dia hanya berada pada tahap ringan.

“Saya masih boleh bekerja seperti biasa kerana pada masa sekarang doktor tidak menyarankan saya berehat, cuma saya perlu merujuk kepada doktor seminggu sekali untuk rawatan, mengubah corak pemakanan dan pengambilan makanan tambahan.

“Saya sedih ababila orang tidak percayakan saya. Mereka tidak berada di tempat saya dan tak alami apa yang saya alami,” kata Haqiem.

Haqiem juga mengharapkan semua orang memaafkannya kalau ada kesilapan yang dia lakukan berkaitan isu tersebut.