Hiburan

NABIL AHMAD Bakal Timang Anak Ketiga

Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad, 35, telah berkongsi sekeping gambar di laman sosial instagram yang menunjukkan isterinya, Zira atau Nazirah Ayub, 33, hamil anak ketiga.

Melalui gambar tersebut, Nabil meluahkan rasa gembira dan syukurnya.

“Alhamdulillah dah lekat”

Doa Nabil untuk menambah anak dimakbulkan. Itulah dinamakan rezeki.

Nabil juga turut mendapat reaksi positif artis-artis yang tumpang gembira atas berita kehamilan Zira.

Antara selebriti yang memberi komen tersebut adalah Datuk Aznil Nawawi, Nad Zainal, Black, Sharifah Shahirah, Elizad Sharifuddin, Siti Sarah, Yasmin Hani, Radin Era, Alha Alfa dan ramai lagi.

Nabil Ahmad dan Zira kini mempunyai dua orang anak perempuan yang comel iaitu Naera Mikayla, 6, dan Leyla Medyna,3.

Insta Online doakan kandungan Zira sihat dan segalanya dipermudahkan. Amin…

Teruskan layari instaonline.com.my