Gaya Hidup

Najwa Medispa tawar pakej premium

Syarikat Dr. Najwa Aesthetic yang terkenal dalam penghasilan produk kecantikan premium, kini membuka medispa.

Najwa Medispa dibuka di Evo Mall Bangi menawarkan pakej kecantikan premium menggunakan teknologi Korea Selatan.

Pengasasnya, Dr. Syarifah Najwa Syed Ahmad berkata, pihaknya menjalankan kerjasama dalam bentuk penyelidikan dan pembangunan bersama-sama syarikat kosmetik terkenal Korea Selatan dalam mengenalpasti teknologi yang sesuai untuk kulit orang Malaysia.

“Najwa Medispa menawarkan perkhidmatan rawatan kecantikan kelas pertama dan pakar terapi kami yang memiliki pengalaman luas dan terlatih dalam mengendalikan mesin rawatan di spa kecantikan.

“Dengan sentimen pasaran serta industri kecantikan dan kesihatan yang kompetitif, kami sentiasa memikirkan strategi proaktif dan menggunakan produk dan teknologi terkini untuk meyakinkan pengguna,” kata Syarifah Najwa semasa ditemui pada majlis pelancaran spa itu baru-baru ini. 

Pada majlis sama turut dilancarkan drama web Projek Dapat Baby terbitan Anomalous Films yang turut mendapat tajaan Dr. Najwa Aesthetic.

Ia membariskan Rita Rudaini, Tony Eusoff, Azhar Sulaiman, Louisa Chong, Fikry Ibrahim, Susan Lankester dan ramai lagi. Najwa Medispa boleh dihubungi di talian 012 4565721.