Gaya Hidup

Nasi Padang istimewa di Hotel Concorde Kuala Lumpur

Anda peminat Nasi Padang? Tak perlu payah mencari restoren di ceruk lorong. Kini Hotel Concorde Kuala Lumpur menyediakan juadah itu di Melting Pot Cafe.

Promosi Nasi Padang istimewa itu sedang berlangsung sehingga 30 November ini hasil air tangan Chef Rogayah Sharif dan  Chef Azizah Malik from now till November 30, 2018.

Padang ialah bandar orang Minangkabau di Sumatra Barat, Indonesia dan antara makanan terkenal Indonesia di Asia Tenggara. Nasi Padang juga sangat popular di Malaysia dan Singapura.

Antara juadah istimewa masakan Padang ialah  ayam pop, dendeng, kalio ayam, cumi balado, sup tulang rusuk, lau-ak taucho ikan, sambal udang petai, gulai jariang pucuk ubi, taruang balado dan gulai sayur kapau.

Juadah lain termasuk  anyang pucuk paku, gado-gado, uwok pucuk ubi, rendang daging, sup ekor dan gulai ikan lado api.

Bahagian pemanis mulut pula termasuk godok batinta, kolak pisang, badak berendam, onde-onde dan bubur pulut hitam. 

Jangan ketinggalan luangkan masa singgah makan malam  di Melting Pot Cafe, Hotel Concorde Kuala Lumpur sambil berhibur dengan persembahan istimewa kumpulan dari Indonesia,  Begema 5.

HARGA  :               RM110.00 nett seorang (termasuk bufet sedia ada)

TEMPAHAN  :     03- 2717 2233.

Sementara itu untuk sarapan pagi dan makan tengahari, boleh mencuba set istimewa di Xroads Xpress Deli.

Set sarapan pada hari biasa hanya RM14.00 nett, semestinya tak boleh dilepaskan. Kalau anda sedang berdiet ada set sandwich dengan pilihan tuna, telor mayo dan ayam chicken serta keju. Set beserta teh atau kopi atau jus.

Kalau anda mahu sarapan yang berat boleh mencuba juadah popular Malaysia, nasi lemak ikan tenggiri, mee siam bersama ayam masak merah, mee hoon goreng udang bersama sambal sotong atau mee bersama rendang ayam. Ada juga croissant segar dan aneka biskut untuk dibungkus pulang.

Set makan tengah hari di sini dengan juadah utama bersama kopi atau teh atau jus hanya RM27. Apa tunggu lagi, silalah berkunjung dan nikmati kelazatan juadah  Xroads Xpress Deli!

 HARGA      :           RM14.00 nett (set sarapan) ½ RM27.00 nett (set makan tengah hari)

TEMPAHAN :        012 399 5006