Buletin Hiburan

Nizen Ayob meninggal dunia

Pelakon  Saiful Nizen Ayob atau Nizen Ayob, 33, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor sekitar pukul 11.15 pagi tadi.

Pelakon drama Gerak Khas itu dipercayai meninggal dunia berpunca daripada kegagalan fungsi buah pinggang selepas mengalami demam denggi. Pelakon, Salina Saibi, melalui Instagramnya berkata, dia dimaklumkan mengenai pemergian Nizen oleh kakak ipar arwah.

Instagram Salina Saibi.

“Saya dimaklumkan oleh kakak ipar arwah, Menurut kakak iparnya, doktor mengatakan buah pinggang arwah rosak 50 peratus.

“Jenazahnya dimandi dan dikafankan di hospital sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor,” tulisnya.

Posting Instagram Nizen.

Sebelum ini, Nizen pernah mendakwa di Instagram bahawa dirinya disihir pihak tertentu pada awal tahun lalu. Banyak postingnya yang menggambarkan situasinya sehingga dia mendiamkan diri.

Malah ada sekeping foto yang menunjukkan gambar paku dan objek pelik beserta fotonya yang ada kesan luka di dahi turut dikongsikan.

“Ingatlah setiap penyakit ada ubatnya, ingatlah setiap yang hidup pasti ada mati, ingatlah syurga pasti ada neraka, ingatlah setiap yang sakit pasti ada sihatnya kecuali kematian.

“Ingatlah iman seorang pasti ada nafsunya, yang sabar itu pasti ada baranya. Selagi aku mampu tersenyum, aku akan tersenyum, semoga kepuasan milikmu wahai pengirim. Sekali lagi… percayalah Allah itu ada. Cuma kali ini berbekas sikit kepala aku waktu keluarkan…,” tulisnya pada caption foto tersebut.

Posting Salina dan rakan-rakan artis lain membuatkan ramai yang terkejut dengan berita tersebut.