Hiburan

Nora mahu nama Johan terus dikenang

Penyanyi Nora Ariffin mahu nama arwah suaminya, Johan Nawawi terus dikenang sebagai salah seorang  yang ada jasa dalam dunia seni. Itulah sebabnya dia menerbitkan sebuah album yang menghimpun lagu-agu ciptaan Johan.

Apatah lagi ilham menerbitkan album sedemikian adalah antara hasrat arwah yang tidak tertunai selepas dia meninggal dunia setahun lalu. Album yang dihasilkan ialah  Tribute 30 Tahun Karya Terbaik Johan Nawawi.

NoraJohan menyuarakan impian menghasilkan album tersebut sejak tahun 2016 lagi.

Johan meluahkan hasrat menghasilkan album tersebut sejak tahun 2016 lagi.

“Saya mahu orang tahu Johan bukan sekadar cipta lagu untuk saya, tetapi ramai penyanyi lain juga. Melalui album ini mereka akan tahu siapakah artis yang pernah bekerjasama dengannya.

“Bagi saya album ini tidak sekadar untuk saya, tetapi untuk meneruskan legasinya dalam industri seni ini,” kata Nora.

Antara penyanyi lain yang terlibat dalam album itu ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Kris Dayanti, Liza Hanim dan Dayang Nurfaizah.

Sementara itu, Nora juga ada single terbaharu berjudul Ada Dalam Tiada yang menggambarkan perasaan sebenarnya selepas kehilangan suami tercinta sejak setahun lalu.

Nora bersama anak-anak

Lirik tulisan Habsah Hassan itu menggambarkan apa yang dilaluinya selepas ketiadaan arwah.

“Jujurnya bukan mudah selepas berkongsi hidup hampir 25 tahun, kini saya perlu menjalani kehidupan sendiri. Selain menjadi ketua keluarga dalam masa yang sama juga saya turut meneruskan perniagaan suami saya,” katanya lagi.