Gaya Hidup

OPPO R17 Pro dilancar bersama bintang ternama

Jenama telefon pintar global terkemuka OPPO melancarkan OPPO R17 Pro sejak semalam. Sentuhan glamor dalam pelancaran kali ini diserikan dengan kemunculan skuad selebriti OPPO, pelakon Zahirah Macwilson dan penyanyi Minchen.

Bagi melengkapkan lagi skuad tersebut, turut hadir adalah waris terkenal dan gadis IT Chryseis Tan.

“Saya sentiasa percaya bahawa sebenarnya peminat-peminatlah yang mencipta bintang-bintang dan untuk menjadi salah seorang bintang sememangnya satu pengalaman yang hebat dan saya sangat bersyukur.

“Saya tidak pernah mengecewakan mereka untuk berswafoto bersama dan dengan OPPO fotografi bercahaya rendah menjadikan ia satu pengalaman penggambaran yang sempurna untuk saya! Terima kasih kepada bukaan pintar f1.5/f2.4 dan penfokusan pada peggambaran mod ultra night. Saya boleh mengambil gambar-gambar yang baik tanpa perlu risau tentang betapa gelap keadaaan sekeliling!” kata Zahirah.

Membawakan elemen bintang ternama beliau dalam pelancaran kali ini, Minchen melahirkan keterujaan beliau tentang reka bentuk canggih dan teknolgi terkini, terutamanya dengan pengecasan laju SuperVOOC yang  akan memasuki pasaran.

“Kerjaya saya memerlukan saya untuk sentiasa bergerak terutamanya untuk membuat persembahan dan menghadiri majis-majlis dan pada masa yang sama juga saya perlu sentiasa berhubung dengan pasukan, peminat-peminat dan keluarga saya.

“Kadang-kadang agak mengecewakan bila saya tidak mempunyai masa untuk menunggu telefon saya untuk dicas sepenuhnya tetapi dengan pengecasan laju OPPO SuperVOOC, pengecasan dari 0-40% cuma dalam masa 10 minit. Ini memang hebat kerana sekarang saya sentiasa dihubungkan dan tidak perlu risau tentang kehabisan bateri,” katanya.

Dengan kemunculan gabungan bintang-bintang dan personaliti-personaliti elit, William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia berkata “OPPO sangat teruja untuk bekerja dengan seleriti-selebriti ini kerana mereka mewakili falsafah jenama kami.

“Mereka dikagumi oleh jutaan rakyat Malaysia dan disebalik kesibukan mereka, kita masih dapat melihat keceriaan mereka berinteraksi bersama para peminat. Ini yang membuatkan kami tertarik kepada mereka, dalam usaha berterusan kami menjadikan para pelanggan keutamaan kami.

“Setiap dari rekaan kami mempunyai keunikan tersendiri yang didatangkan dengan revolusi teknologi ekslusif untuk peminat-peminat OPPO R17 Pro adalah telefon pintar yang menggabungkan nilai estetik tinggi dan seni pertukangan terkini.”

Sebagai pelopor reka bentuk gradient telefon pintar, OPPO sentiasa berpegang teguh kepada falsafah reka bentuknya dan sentiasa mencipta warna-warna gradient yang mengagumkan bagi para pengguna dengan menggunakan estetik-estetik bergaya dan seni pertukangan terkini.

OPPO sentiasa mencetuskan tren dalam industri sehingga ke tahap dimana gradient dikira sebagai kemestian dalam reka bentuk telefon pintar. OPPO juga telah mencipta reka bentuk gradient “three-color and bi/quad-direction” pada OPPO R17 Pro. Dengan menambah lapisan pemeluwapan cahaya, OPPO R17 Pro membolehkan cahaya-cahaya mengalir pada permukaan peranti, mempamerkan warna-warna estetik dan inovasi utama.

Apabila berkata mengenai teknologi sesuatu produk, fotografi bercahaya rendah adalah salah satu cabaran yang paling sukar dalam industri telefon pintar.

OPPO R17 Pro telah mempertingkatkan lagi perkakasan dan perisian dengan menjadikan kamera telefon lebih bergaya dan direka untuk penggambaran waktu malam. OPPO R17 Pro menampilkan bukaan pintar dan perisian AI Ultra-Clear Engine yang membolehkan para pengguna merakam gambar-gambar malam berkualiti tinggi.

AI Ultra-Clear Engine merupakan enjin imej OPPO yang unik yang melangkaui had-had perkakasan dan memaksimumkan kualiti imej.

OPPO R17 Pro juga menggunakan Corning® Gorilla® Glass 6 buat pertama kalinya dengan nisbah 91.5% skrin kepada tubuh dan Bukaan Cap Jari Tersembunyi. Ia menampilkan kamera TOF, sebuah kamera yang menyokong permainan somatosensory, AR ruler dan lebih lagi.

OPPO R17 Pro didatangkan juga dengan teknologi pengecasan pantas SuperVOOC, dengan 50 Watt ia boleh mencapai 40% pengecasan dalam 10 minits. Tambahan pula, pengecasan pantas SuperVOOC juga telah melulus TÜV Rheinland Safety Testing and Certification, membolehkan para pengguna untuk menikmati teknologi pengecasan paling selamat dan cekap dalam industri.

Apabila berkata mengenai teknologi sesuatu produk, pengambaran waktu malam merupakan salah satu cabaran yang sering dihadapi. Untuk itu, OPPO R17 telah mempertingkatkan perkakasan dan perisian dengan menjadikan R17 Pro telefon pintar yang dicipta khas untuk penggambaran waktu malam.

R17 Pro didatangkan dengan kamera hadapan 25MP dan Sensor Sony IMX576 dengan bukaan f/2.0 dilengkapi dengan sokongan real-time HDR. R17 Pro mampu menyediakan sehingga 8 juta skim-skim pengindahan berlainan untuk memadankan para pengguna berbeza di seluruh dunia dengan pintar.

Tambahan lagi, mod pengindahan khas sekarang boleh mengecam sehingga empat orang dalam satu bingkai dan membolehkan pengguna mengubah ciri-ciri wajah dan prebiu kesan-kesan pengubahan itu serta merta. Kamera-kamera belakang R17 Pro pula boleh mengenalpasti 23 mod fotografi dan sebanyak 864 kombinasi senario untuk memastikan setiap gambar yang diambil adalah rakaman yang terbaik.

R17 Pro juga dilengkapi dengan bukaan pembolehubah pintar f1.5/f2.4 yang secara automatiknya boleh menyelaraskan kondisi-kondisi pencahayaan menjadikan imej lebih tajam dan terang dalam situasi cahaya terang mahupun kelam.

R17 Pro mempunyai OIS (Optical Image Stabilisation/Penstabilan Imej Optikal) yang boleh menstabilkan imej-imej dan menjamin masa yang lebih lama untuk mencerahkan fotografi malam terutamanya dengan modul lensa-lensa 7P. Kombinasi kedua-dua fungsi ini meningkatkan ketepatan dalam fotografi malam

Tambahan lagi, bila menyentuh tentang sensor-sensor, R17 Pro menggunakan Sony IMX362 sebagai kamera utamanya yang mempunyai 12MP+20MP dengan dual-pixel bagi pemfokusan yang tepat dan cepat dan saiz pixel-pixel 1.4-micron dan saiz sensor 1/2.55 bagi penggambaran malam yang lebih terang dan tahap bising yang lebih rendah.

Pada masa yang sama, ia menyokong software-level AI Ultra-clear Engine yang membolehkan pengguna-pengguna untuk mengambil foto malam yang berkualiti tinggi. AI Ultra-clear Engine merupakan teknologi peningkatan imej OPPO yang unik yang melangkaui semua had perkakasan bagi memaksimumkan kualiti imej untuk menghasilkan gambar-gambar malam yang hebat.

R17 Pro juga menampilkan kamera TOF, sebuah kamera yang menyokong permainan somatosensory, AR ruler dan lebih lagi.

Apabila saingan pasaran semakin meningkat, OPPO terus mempertingkatkan imej jenamanya dengan lebih mantap dan siri R akan memberi faedah penting kepada jenama dari perspektif produk.

OPPO R17 Pro meletakkan OPPO sebagai jenama yang menawarkan reka bentuk “bergaya + inovasi teknologi”. OPPO juga terus menawarkan para pengguna lebih pilihan dengan memberikan kepelbagaian siri produk.

Sejak awal tahun ini, OPPO telah mengambil pelbagai inisiatif (iaitu produk, R&D, pemasaran dan peruncitan) bagi mempromosikan pembangunan industri telefon pintar disamping mempunyai semakin ramai pelanggan dari golongan muda di seluruh dunia.  .

OPPO R17 Pro sedia ditempah bermula dari 23 November 2018. Para pelanggan boleh membuat tempahan samada di Kedai-kedai Konsep Rasmi OPPO dan dari kedai-kedai pengedar sah ataupun melalui laman web e-dagang Lazada, 11Street dan Shopee.

Para pengguna juga boleh terus ke Celcom Blue Cube, Senheng dan senQ sebagai pilihan. Bagi setiap tempahan, para pelanggan akan menerima seutas Olike Neo Sportband bernilai RM389 secara percuma.