Hiburan

PAK NIL Tak Mahu Lukakan Hati Anak-Anak

Jarang betul kita lihat pengacara, pelakon dan penyanyi Datuk Aznil Nawawi,55, atau lebih mesra dipanggil Pak Nil memuat naik gambar anak-anaknya di laman sosial kan?

Bukan sahaja di laman sosial, Pak Nil juga jarang dan mungkin tidak pernah bergambar bersama anak-anaknya untuk sesi fotografi bersama pihak media.

Aznil atau Pak Nik bersama anak bongsunya Firdaus Hariz

Di saat selebriti-selebriti lain gemar berkongsi gambar anak, lain pula Pak Nil yang lebih selesa untuk tidak berkongsi perihal anak-anaknya.

Cerita Pak Nil, “saya tak pernah tolak untuk bergambar dengan anak-anak, tapi mereka yang kurang selesa untuk dikenali umum. Sebagai ayah, saya memberi kebebasan kepada mereka.

“Dari dulu lagi, bila pihak media minta untuk adakan sesi fotografi bersama anak-anak, saya pasti tanyakan anak-anak terlebih dahulu. Jadi, saya takkan paksa mereka. Mereka ada hak untuk membuat keputusan.

“Begitu juga di laman sosial, saya tak muat naik gambar-gambar mereka. Mereka lebih gemar hidup seperti remaja-remaja lain yang tidak diselubungi populariti. Iyalah… Kalau sudah dikenali sebagai anak selebriti, sudah tentu mereka akan menjadi perhatian.

“Tambah pula zaman sekarang sudah ada laman sosial. Kalau mereka dikenali, pasti bermacam-macam komen netizen akan terpalit pada mereka. Kalau komen positif okay lah, kalau yang negatif ia sedikit sebanyak akan mengganggu fikiran mereka.

Pak Nil tidak mahu anak-anaknya terluka dengan komen-komen netizen

“Dalam masa yang sama, saya tak nak lukakan hati anak-anak dengan komen-komen netizen yang sungguh ‘mengerikan’. Ada sesetengah netizen yang komen tanpa memikirkan perasaan dan adab sesama manusia. Ia tidak bagus untuk persekitaran anak-anak saya.

“Namun, akhir-akhir ini, anak ketiga saya Firdaus Hariz lebih cenderung sukakan kamera atau gajet. Mungkin trend budak-budak sekarang yang terdeah kepada laman sosial. Ia berlaku dengan sendiri tanpa saya mempengaruhinya.

“Jadi, saya tidak menghalang Riz dengan minatnya. Kalau dia suka bergambar dan bercampur dengan ramai orang seperti saya, itu adalah haknya. Saya menyokong apa yang terbaik untuk dia.

“Sekarang Riz semakin dikenali kerana dia selalu ikut saya sertai program-program seperti karnival kanak-kanak. Mungkin sudah ada yang anggap dia sebagai selebiriti cilik.

“Saya sokong selagi ianya tidak melampau. Begitu juga dengan telefon  dan akaun instagram miliknya, saya yang jaga kerana tidak mahu unsur-unsur negatif mempengaruhinya.

“Saya bersyukur, abang dan kakaknya juga banyak mendidiknya untuk menjadi seorang yang lebih seimbang antata populariti dan realiti hidup.”

Pak Nil menghormati privasi anak-anaknya

Begitulah cerita Pak Nil yang suka manjakan anak-anak tetapi ada batasnya.

Pak Nil mempunyai tiga orang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya iaitu Fildza Haifa (29), Fariq Haizen (24) dan Firdaus Hariz (10).

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)