Hiburan

“Pasal Pengganti Tu, Tunggulah Kad Ya!” – ALONG CHAM Dah Nak Kahwin Ke?

SUDAH lama kita tak dengar cerita pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara Along Cham kan?

Along Cham atau nama sebenarnyaMuhammad Nizamuddin Ahmad,35,  nampak ceria bila Insta Online tanya soalan pasal kahwin. Dah nak kahwin ke tu? 

Along Cham bersama penguat semangat, anaknya Danial

Sebelum ini Along Cham sudah berpisah dengan bekas isterinya Zila AF4 atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron,30,  pada Ogos 2016.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial ,7, yang diberikan hak penjagaan kekal kepada Along.

Ceritanya, “tipulah kalau cakap tak mahu kahwin lagi. Sebagai lelaki, sudah tentu saya sentiasa mencari siapa wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak saya. Saya sedar, anak saya masih perlukan kasih sayang atau belaian seorang ibu.

“Pasal penganti (isteri baharu) tu, tunggulah kad ya! Sama ada saya sudah ada pengganti atau tidak, tunggu…  Sampai masa saya akan kongsikan hal-hal berkaitan isteri ni.Doakan yang terbaik buat saya ya!”

Luah Along Cham yang tidak mahu mengulas lanjut tentang jodoh. Sama ada Along sudah ada pengganti atau tidak, sama-samalah kita tunggu ya!

 

Tidak Merajuk

Sudah hampir dua tahun Along Cham kurang muncul di media atau mana-mana acara. Merajuk dengan industri ke?

“Tidak dinafikan ada yang menganggap saya merajuk dengan industri. Mungkin ramai beranggapan sebegitu, sebab itulah jarang pihak yang panggil saya untuk menghadiri apa-apa acara.

“Tak kurang juga yang fikir saya menjauhkan diri daripada  orang-orang dalam industri selepas bercerai dulu. Padahal saya tidak merajuk pun. Pendek kata tiada istilah merajuk  dalam hidup saya.

Along Cham menghadiri acara sidang media Anugerah Skrin 2018 pada 23 Oktober baru-baru ini di Alya Gallery, Kuala Lumpur

“Apa yang saya boleh cakap, semuanya sudah diatur oleh Allah. Apa yangs aya boleh cakap, saya terikat dengan kontrak sebagai penyampai radio Best FM di Johor. Hampir dua tahun juga saya di sana.

“Jadi, apabila bertugas sebagai penyampai radio dan menetap di Johor, saya tidak dapat memberikan komitmen terhadap lakonan. Tawaran berlakon atau mengacara memang ada, tapi saya tak boleh tinggalkan kerja tetap saya ketika itu. Bukannya merajuk tau!

“Saya kembali berlakon (selepas tamat kontrak) kerana saya sedar inilah minat dan ‘darah daging’ saya. Selama 10 tahun saya mengabidkan diri dalam dunia seni, tak mungkin saya boleh ‘buang’.

“Lagi pun, satu-satunya ‘harta’ atau anak saya selalu suruh saya berlakon semula. Katanya, ‘Papa berlakon laa…’. Boleh dikatakan hari-hari dia ulang ayat tu. Dorongannya buat saya kembali bersemangat untuk teruskan kehidupan setelah apa yang berlaku dulu (bercerai).”

Begitulah cerita Along Cham yang tabah orangnya. Sabarlah Along, insya Allah… Allah telah merancang yang terbaik buat Along. Sabar dan banyakkan berdoa ya!

Pasal karjaya, drama lakonan Along berjudul Suamiku Mat Piung turut tercalon dalam Anugerah Skrin 2018 yang akan berlangsung pada 2 November ini di PWTC, Kuala Lumpur.

Along bersama idolanya, Jalil Hamid

Along juga akan muncul dengan lagu bergenre balada ciptaan Asfan Shah dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya. Dia juga akan muncul dalam filem arahan mawi yang belum ada tajuknya.

Along juga menjalankan bisnes kecil-kecilan seperti branding consultant, pengacaraan  dan akan muncul dengan produk sendiri iaitu kudapan atau makanan ringan yang akan dimumkan dalam masa terdekat di laman sosial.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)