Video Viral

Pelajar maut latihan bencana di India

Seorang pelajar wanita berusia 19 tahun maut semasa menjalani latihan bencana di Kovai Kalaimagal College of Arts and Science, Narasipuram, Coimbatore, Tamil Nadu, India petang Khamis lalu.

N. Logeswari pelajar tahun kedua jurusan Pengurusan Perniagaan (BBA) meninggal apabila ditolak oleh jurulatih dari tingkat dua dan kepalanya terhantuk di balkoni tingkat satu. Dia sebelum itu menolak untuk terjun walaupun ada pasukan penyambut di bawah.

Sekitar pukul 4.00 petang, sekitar 20 orang pelajar kolej  tersebut ditunjukkan cara-cara melepaskan diri apabila berlaku bencana. Satu video yang tular menunjukkan pelajar itu enggan terjun dan jurulatih menolaknya ke bawah.

Logeswari kemudian dikejarkan ke hospital di Thondamuthur dan disahkan meninggal dunia semasa dibawa ke hospital. Jurulatih, Arumugan ditahan polis untuk siasatan atas kesalahan menyebabkan kematian.

Tonton video di sini