Buletin

Pelakon Komedi ACCAPAN Meninggal Dunia

Pelakon komedi terkenal tanah air yang popular menerusi siri drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu (TV3), Accapan, meninggal dunia pada usia 63 tahun, awal pagi, hari ini (14 September 2018).

Mendiang meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang berfungsi.

Menurut anak bongsunya, Yhuveneshwary berkata, mendiang ayahnya atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinam menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga di rumahnya di Taman Puchong Utama.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Seniman Malaysia, upacara penghormatan terakhir akan dilakukan dirumah mendiang Accapan pada pukul 3 petang ini di 12A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor.

Mendiang Accapan meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam, 53, dan tiga orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Semasa hayat, mendiang sangat diminati ramai kerana lakonannya yang menghiburkan.

Insta Online mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mendiang Accapan. Semoga tabah menghadapi semua ini.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline