Buletin

Penemuan Terbaru Sains dan Teknologi Dalam KNOW IT

Pelbagai penemuan teknologi baru dalam dunia sains dan teknologi dibawakan dalam dokumentari terbaharu Know It (TV1) pada pukul 7.30 malam, sebanyak 23 episod bermula pada 18 September ini.

Rancangan berbentuk informasi ini membawa penonton kepada penemuan-penemuan terbaru dalam dunia sains dan teknologi yang mampu memberi kemudahan dalam kehidupan masyarakat sejagat.

Antara penemuan yang dipaparkan adalah penggunaan teknologi tanpa wayar (wireless) bagi mengecas kenderaan elektrik, pembinaan komputer dan robot yang mempunyai perasaan dan deria rasa.

Terdapat juga kajian saintis mengenai cahaya dan suhu cahaya serta hubungannya dalam meningkatkan prestasi di tempat kerja.

Bukan itu sahaja, mereka juga mengkaji keindahan herba melalui kanta kamera elektron mikroskop 3D yang juga dapat membezakan rasa sesuatu herbal serta kajian mengenai virus penyakit dan pembangunan elektron mikroskop yang mampu mengambil visual sekecil atom.

Jangan lupa tonton Rancangan Dokumentari Know It di TV1 ya!

Ia turut mengetengahkan tentang pembangunan kapal terbang yang mampu membawa penumpang merasai graviti kosong (zero gravity) di angkasa dan kesannya kepada otak.

Sesuatu yang menarik juga apabila dipaparkan mengenai kehidupan laut yang sangat kecil ‘tiny saltwater sponges’ dan proses pembiakan serta kaitannya dengan teori evolusi.

Ada juga tentang penggunaan ‘3D printer’ dalam penghasilan model 3 dimensi dengan penggunaan serbuk plastik dan lain-lain bahan.

Jangan lupa episod yang membawakan penggunaan teknologi solar yang menggantikan atap rumah, tingkap dan lain-lain bagi mendapatkan punca kuasa elektrik dan banyak lagi.

Ada bermacam-macam lagi penemuan menarik yang pastinya buat anda Teruja. Jadi kenalah tonton Know It di TV1 ya!

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Teruskan layari instaonline.com.my