Sukan

PERAK juara Piala Malaysia, TERENGGANU Tewas Bermaruah

Kalah dan menang adat pertandingan.

Begitulah juga dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 yang berpihak kepada pasukan Perak melalui sepakan penalti.

Perlawanan sengit antara Terengganu FC (jersi putih) dan Perak (jersi kuning) 

Pasukan Perak menjadi juara Piala Malaysia apabila berjaya menewaskan pasukan Terengganu 4 – 1 melalui penentuan sepakan penalti dalam perlawanan epik yang baru sahaja selesai berlangsung di Stadium Shah Alam,Selangor, sebentar tadi (27 Oktober 2018)

Sokongan padu peminat sukan bola sepak terhadap kedua-dua pasukan

Perlawanan memasuki penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat tiga sama selepas perlawanan berlangsung selama 120 minit.

Apa-apa pun Terengganu kalah bermaruah kerana sudah memberikan yang terbaik dan ‘persembahan’ yang mengagumkan. Tahniah!

Pasti seluruh rakyat Terengganu berbangga dengan usaha keras mereka, cuma bukan rezeki Terengganu untuk kali ini.

Terengganu tewas Bermaruah!

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)

Sumber: Utusan Online