Sukan

Perancis juara Piala Dunia 2018

Perancis menepati ramalan ramai peminat apabila menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia hari ini.

Crotia terpaksa melupakan hasrat nencipta kejutan dan merekod sejarah apabila tewas 2-4.

Enam jaringan itu juga satu sejarah jaringan terbanyak pada final Piala Dunia sejak tahyn 1966 apabila England menewaskan Jerman Barat dengan jaringan sama.

Permainan menarik kedua dua pasukan sangat mengujakan penonton dan meninggalkan kesan yang tak dapat dilupakan sepanjang 31 hari berlangsungnya Piala Dunia. Perancis memang layak menang.

Untuk dilabelkan sebagai Piala Dunia Terbaik, perlawanan di final harus menjadi perlawanan yang tak bisa dilupakan, dan memang ia terjadi.

Perancis membawa pulang trofi emas 18 karat dengan ketinggian 14 inci dan seberat 11 pound untuk kali kedua dalam tempoh 20 tahun.

Didier Deschamps ialah ketua pasukan pada masa itu dan menjadi jurulatih sekarang. Dia menjadi orang ketiga melakukannya selepas Franz Beckenbauer (Jerman) dan  Mario Zagallo (Brazil).

Satu lagi sejarah Piala Dunia ialah pemain remaja Perancis, Kylian Mbappe, 19 yang menjadi fenomena.

Mbappe turut menjaringkan gol dan menjadi remaja pertama yang masuk final sejak Pele melakukannya pada tahun 1958.

Mario Mandzukic pula meletakkan namanya sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol sendiri di pentas final Piala Dunia.