Viral

Perdana Menteri, TUN MAHATHIR Mahu Letak Jawatan

Seluruh masyarakat Malaysia terkejut, malah ada yang sedih jika Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad benar-benar meletakkan jawatan.

Beliau berkata demikian pada sesi Pertemuan Bersama Pemandu-Pemandu Teksi Langkawi di Dewan Kencana, Langkawi Lagoon di sini hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menghadiri Pertemuan bersama Pemandu-Pemandu di Dewan Kencana, Langkawi Lagoon, hari ini

Katanya, “Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara. Orang panggil balik. Saya datang balik. Saya akan letak jawatan kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri hari ini.”

Perdana Menteri meluahkan demikian setelah kekecohan kecil sekumpulan pemandu teksi ketika majlis itu berlangsung sebelum mereka bertindak keluar dari dewan berkenaan.

Tindakan itu dipercayai ekoran rasa kurang senang kumpulan berkenaan di atas penjelasan Dr. Mahathir bahawa perkhidmatan e-hailang Grab tidak akan dihapuskan.

Sebaliknya kata beliau, pihaknya akan mencari mekanisme terbaik untuk memastikan persaingan sihat antara pemandu teksi dan Grab.

Sambungnya, “Bagi saya  masa untuk tangani masalah ini. Bukan mudah untuk haramkan (Grab) supaya kita dapat hapuskan persaingan. Sudah lama saya cari jalan supaya semua pihak dapat cari makan.

“Saya akan cuba tetapi tak boleh janji nak bagi semua (Grab dihapuskan),” katanya.

Pertemuan tersebut dihadiri lebih 200 pemandu teksi Langkawi itu yang meluahkan perasaan agar perkhidmatan Grab itu diharamkan kerana didakwa menyebabkan punca perkhidmatan mereka tergugat.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat Tun Mahathir dan Kesejahteraan negara kita. Amin.. Amin…

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)

Sumber & Foto: Utusan Online