Gaya Hidup

Pusat penjagaan kanak-kanak yang moden di Ara Damansara

Peneraju industri ruangan kerja bersama atau coworking space Common Ground  bekerjasama dengan pusat pengayaan kanak-kanak Curious Child memembukaan lokasi kelimanya di Lembah Klang.

Diasaskan oleh ratu cantik dan ibu bekerja Carey Ng, Curious Child bersambung dengan lokasi 21,000 kaki persegi Common Ground terbaharu di pusat membeli belah terkenal Citta Mall di Ara Damansara.

Common Ground merupakan peneraju industri terbesar ruangan kerja bersama atau coworking space yang menawarkan ruangan bekerja komunal yang bersepadu dan lestari. Common Ground diasaskan bersama oleh Erman Akinci dan Juhn Teo dengan misi untuk mewujudkan persekitaran kerja yang ideal dengan ruangan yang ergonomik dan suasana yang menarik dikelilingi oleh usahawan, nomad digital, pemaju, pereka, ibu bekerja dan sebagainya.

Carey Ng

“Perjalanan setakat ini sangat menarik dan dipenuhi dengan perancangan strategik dan pelaksanaan yang baik untuk kami sampai ke tahap hari ini. Ia selari dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini dalam menangani soal kebajikan kanak-kanak dan pemberdayaan wanita.

“Matlamat utama usahasama dengan Curious Child adalah untuk memberi perkhidmatan yang memenuhi keperluan ibu-ibu bekerja dan menggalakkan mereka untuk menyertai komuniti yang kian berkembang untuk menggunapakai dan menikmati perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami, dalam pada membina kerjaya mereka.” kata pengasas bersama Common Ground, Erman Akinci.

 Pada masa ini, tidak banyak ruangan pejabat yang menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak atau perkhidmatan seperti ini  dan ia banyak mendorong wanita berkerjaya memilih untuk berhenti kerja demi menjaga anak-anak.

Usahasama terbaharu Common Ground dengan Curious Child  memberi sokongan kepada ibu-ibu bekerja yang perlu mengurus waktu di antara kerjaya profesional dan tanggungjawab rumah tangga.

Semenjak melahirkan anak pada September lalu, Carey mempunyai pengalaman sendiri kesukaran mengimbangi kehidupan profesional dan menjaga anak kecil dari segi fizikal, mental dan emosi. Mengenalpasti peluang ini sambil mempromosikan pembelajaran awal di kalangan kanak-kanak, Curious Child telah diasaskan untuk mencipta kemudahan dan memberi sokongan kepada ibu-ibu bekerja.

Pusat pengayaan kanak-kanak ini menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk penjagaan bayi, program-program pengayaan, program sekolah persediaan dan program “drop and work”.

 Kami memahami perubahan dalam kehidupan seseorang yang baru menyambut bayi,  terutama bagi ibu-ibu yang bekerja. Saya percaya wanita memerlukan keseimbangan dalam kehidupan peribadi dan kerjaya profesional.

“Ketika idea penubuhan  Curious Child tercetus, saya menggambarkannya sebagai lebih dari sebuah pusat penjagaan kanak-kanak  iaitu merangkumi membina kerjaya dalam masa sama anak-anak dapat membesar dalam suasana yang kondusif.

“Ia merupakan satu penghormatan dapat bekerjasama dengan Common Ground, peneraju industri ruangan kerja bersama atau coworking space, kerana mereka mempunyai nilai dan kepercayaan yang sama seperti saya dengan sokongan yang diberikan kepada ibu-ibu bekerja untuk mencari keseimbangan peribadi dan kerjaya. Saya berharap usahasama ini membuka lebih banyak jalan ke hadapan dan memberi lebih ruang buat generasi kerja baharu hari ini,” kata Carey Ng.

 Common Ground Ara Damansara menempatkan kafe, ruangan acara, bilik lembaga, bilik mesyuarat, ruangan lounge, dan 3 format ruangan kerja – hot desking, fixed desking dan pejabat peribadi untuk tiga atau lebih pekerja.

 Untuk menempah lawatan ke salah satu dari lima lokasi Common Ground atau mengetahui lebih lanjut tentang pakej harga Common Ground, layari laman web Common Ground di http://www.commonground.work.