Hiburan

Rahsia Tubuh ‘Sedap Dipeluk’ ISWAN ISMAIL

Bukan senang tau nak kekalkan tubuh yang cantik dan ‘sedap’ mata memandang. Ia memerlukan disiplin yang tinggi dan kemahuan yang berkobar-kobar. Kalau tak, memang tak kekal lama laa..

Insta Online kagum dengan pelakon kacak Iswan Ismail yang pandai jaga tubuh yang cantik tu. Ada yang cakap, tubuh macam Iswan ni sedap dipeluk. Hehe..

Iswan Ismail akui disiplin dan semangat yang tinggi perlu untuk kekalkan tubuh yang cantik

Cerita Iswan Ismail, “tidak dinafikan, tubuh saya tidaklah selalu cantik. Apa yang penting kena selalu jaga, disiplin dan ada pantangnya.

“Saya amalkan diet sihat tanpa makanan bergoreng dan tidak mengambil makanan yang sudah diproses atau processed food.

“Saya juga gemar amalkan intermittent fasting (puasa) di mana hanya boleh makan dari jam 10 pagi hingga ke 8 malam.

“Lebih jam 8 malam saya memang tak makan apa-apa dah. Bukan apa, biasanya malam adalah waktu rehat dan tidak melakukan apa-apa kerja berat. Nanti kalau makan, selepas itu tidur. Itu yang tak bagus.

“Selain itu, saya jadikan senaman sebagai rutin. Bila tak buat, rasa bersalah pun ada. Biasanya saya bersenam di gym sebanyak tiga atau empat kali seminggu.

“Kalau sibuk, kena cari masa untuk bersenam. Jangan beri alasan tiada masa. Kita yang uruskan masa sendiri kan?”

Iswan juga mengamalkan pantang dalam penjagaan tubuhnya yang ‘sedap’ ini

Luah Iswan Ismail yang mengaku bukan senang nak mengamalkan cara hidup sihat secara konsisten.

Dalam masa yang sama, Iswan juga mempunyai pantangnya sendiri dalam menjaga tubuh cantik dan sihat.

Sambungnya,” kena elak makanan berminyak dan jangan ambil gula. Gula boleh membuatkan perut boroi (buncit). Sebab tu ada yang diet tapi tetap perut buncit sebab dia ambil gula atau air manis.

“Saya sendiri suka minum kopi tanpa gula atau teh o ais kosong. Selain itu, penting sangat tidur yang cukup iaitu tidur awal, bangun pun awal.”

Begitulah cerita Iswan Ismail yang sedang popular menerusi siri drama Cik Reen Encik Ngok Ngek (Astro). Iswan juga akan muncul dalam siri drama Isteriku 120kg (RTM) dan Cikgu, Papa Kirim Salam.

Elakkan makanan berminyak dan air manis antara tip untuk Kekal tubuh ‘sedap’ mata memandang

 

 

 

 

 

Sebelum ini Iswan Ismail popular dengan siri drama Hero Seorang Cinderella (Astro) bersama Fattah Amin, Fazura dan Uqasha Senrose.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)

Foto: Instagram (@iswanismail88)