Hiburan

Rancang Nikah.. “ERWIN Sangat Loving & Caring” – JULIA FARHANA

Patutlah wajah pelakon berdarah campuran Melayu (ibu) dan Itali (ayah), Julia Farhana Marin, 24, semakin berseri-seri sekarang.

Rupa-rupanya sudah merancang untuk bernikah dengan kekasih hatinya pelakon Erwin Dawson, 28. Julia dan Erwin sudah setahun lebih bercinta.

Cerita Julia Farhana atau lebih mesra dipanggil Ju, “Erwin sudah bertemu dengan keluarga saya. Alhamdulillah… Cinta kami direstui keluarga. Pasal nikah tu, memang ada perancangan ke arah itu, cuma masih dalam perbincangan.

“Dulu saya pernah cakap tak mahu bercinta dengan artis, tapi ‘tewas’ juga. Haha…

“Erwin ni seorang yang loving dan caring. Tak boleh dinafikan, Erwin sangat prihatin terhadap saya dan kerjaya saya.

“Nak tahu, kalau dia rasa saya tidak gembira, dia akan selidik atau ‘siasat’ apa yang sedang berlaku walaupun perkara itu tak ada kena mengena pun dengannya.

Julia Farhana kekasih hati Erwin Dawson

” Pendek kata, dia selalu ada untuk saya. Always a good listener. A supportive partner.

“Saya juga lihat Erwin juga mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin. Buktinya, sikapnya yang penyabar, bertanggungjawab dan sentiasa membimbing saya dalam hal-hal personaliti, agama, kerjaya dan keluarga membuatkan saya yakin dia boleh menjadi ketua keluarga yang baik.

“Selain itu, Erwin sentiasa ada peningkatan dalam hidup. Bila bercakap pasal peningkatan, saya tidak bermaksud material sahaja. Apa yang saya maksudkan adalah personaliti, karakter, sentiasa ada keinginan untuk belajar serta perbaiki diri dan kehidupan.”

Salah satu babak Julia Farhana sebagai Anna dalam siri drama Salon (NTV7)

Begitulah cerita Julia Farhana yang mesra orangnya.

Pasal kerjaya, Julia akan muncul dalam siri drama Salon (NTV7) lakonannya bersama Idris Khan.

Julia bawa watak sebagai Anna seorang pembunuh bersiri yang memburu orang yang membunuh ahli keluarganya.

Nak tengok macam mana Julia jadi pembunuh, kenalah tonton drama Salon nanti ya!

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Foto:Instagram @juliafarhanamarin