Hiburan

“Rasa Resah Bila Berjauhan Walaupun Sekejap, Rasa Rindu…” – SHARNAAZ AHMAD

Pelakon kacak bertubuh sedap Sharnaaz Ahmad,33,  mengaku rumah tangganya semakin berseri-seri semenjak kelahiran anak sulungnya Jebat Jayden pada 30 Ogos lalu.

Kalau tiada shooting atau hal penting, Sharnaaz lebih serronok menghabiskan masa di rumah bersama anak dan isterinya Noor Nabila.

Sharnaaz akui rasa Rindu terhadap anak setiap kali keluar rumah atau berjauhan

Cerita Sharnaaz, “Alhamdulillah.. saya melalui satu perjalanan yang indah. Antaranya rasa seronok sangat jadi ayah dan habiskan banyak masa untuknya.

“Sekarang dia (anak) manja sangat. Kalau boleh nak kena dukung sepanjang masa. Boleh kata setiap malam tugas saya memberinya minum susu.

“Walaupun kadang-kadang sibuk shooting, rasa penat terus hilang bila melihata wajah anak. Kegembiraan yang sukar dilafazkan dengan kata-kata.

“Dia lebih manja dengan ibunya berbanding saya. Mungkin dia banyak masa dengan dia dengan ibunya di rumah kan.

“Selama ini kalau shooting, main golf atau jumpa kawan-kawan, saya tak kisah sangat balik lambat. Tapi sekarang rasa macam kurang selesa kalau lama-lama di luar.

Alahai.. Comelnya Jebat Jayden ni. Agak-agaknya Jebat ikut muka ayah atau ibunya? Cuba teka?

“Entah laa… rasa resah bila berjauhan walaupun sekejap, rasa rindu tu selalu ada. Ia  terjadi tanpa disedari. Saya terfikir dalam hati, kenapa ya? Asyik-asyik tengok gambar dia saja, sepanjang masa.

“Keluar rumah sekejap pun, saya pasti nak video call banyak kali. Bayangkan… berapa kali saya buat video call kalau berjauhan lama-lama. Haha…”

Luah bahagia Sharnaaz Ahmad yang merupakan salah seorang penyampai anugerah untuk Anugerah Skrin 2018 yang bakal berlangsung pada 2 November 2018 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Selain Sharnaaz, penyampai anugerah ASK 2018 lain yang terlibat adalah Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Zahirah MacWilson, Elly Mazlein, Sherry Al-Hadad, Izzue Islam, Naz Habibur Rahman dan Shuk Sahar.

Antara artis yang terlibat dalam Anugerah Skrin 2018 pada 2 November ini

Pasal lakonan, Sharnaaz akan muncul dalam supertele berjudul Wangi lakoannya bersama Erra Fazira, Nabila Huda, SyazwanZulkifli dan ramai lagi.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)