Gaya Hidup

Restoran Chinese Muslim Abdullah Sedap, Selesa & Murah!

SEBUT sahaja Restoran Chinese Muslim, pasti akan ada yang beranggapan perlu menyediakan bajet yang lebih kerana dikatakan agak mahal berbandinng restoran biasa.

Haa… Mungkin di tempat lain, TETAPI tidak di RESTOTAN CHINESE MUSLIM ABDULLAH yang terletak di Medan Menu Bestari, Ipoh, Perak. Kalau anda ke Ipoh wajib datang ke restoran ini tau!

Tambah pula ia terletak di kawasan tumpuan ramai dan berhampiran dengan MAPS

Pemilik Restoran Chinese Muslim Abdullah, Aiman Loh mementingkan kualiti makanan dan harga yang sangat berpatutan

Menurut pemiliknya, Muhammad Aiman Loh, 26, dia mahu berkongsi menu-menu sedap di restorannya dengan masyarakat tanpa mengenakan harga yang mahal.

Cerita Aiman Loh, “sebut saja Restoran Chinese Muslim, saya sedar pasti ada yang beranggapan ianya mahal. Mungkin di tempat lain harganya mahal, tetapi tidak di Restoran Chinese Muslim Abdullah milik saya ini.

“Saya faham dalam keadaan ekonomi sakarang ada sesetengah yang takut untuk berbelanja lebih untuk makan bersama keluarga. Jadi saya menetapkan harga yang agak berpatitan dan boleh dikatakan murah berbanding restoran Chinese muslin yang lain.

“Misalnya, pelbagai menu nasi goreng di sini hanya berharga sekitar RM7. Manakala sesiapa yang suka makan ikan juga, kami tidak meletakkan harga mengikut pasaran sepertimana sesetengah restoran lain yang boleh mencecah beratus-ratus ringgit.

“Sebaliknya untuk seekor ikan (pelbagai jenis ikan dan masakan) kami hanya letakkan dua harga iaitu RM55 dan RM70. Berapa pun harga ikan tersebut di pasaran, kami tetap kekal dengan harga sebegitu.

“Saya lebih selesa meletakkan harga yang murah dan berpatutan kerana mahu ramai masyarakat muslim merasai makanan di restoran saya ini.”

Luah Aiman Loh yang menjanjikan kepuasan kepada setiap pengunjung yang datang ke restorannya.

Sambungnya, “restoran saya menyediakan lebih 100 menu masakan Chinese muslim. Masakan ini lebih kepada kantonis kerana ia lebih dekat dan sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia.

“Antara hidangan signature restoran ini adalah Labu Masak Lemak, Kari Ikan Assam, Ayam Marmite, Abalone , Sotong Ribut, Udang Lipan dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis masakan ikan, ayam, udang sayuran dan banyak lagi.

“Ada juga menu fusion yang menggabungkan hidangan Melayu dengan citarasa kantonis seperti labu masak lemak.

“Tidak hanya makanan yang sedap, restoran tiga tingkat ini juga dilengkapi tempat makan yang selesa, surau, dewan untuk pelbagai acara seperti mesyuarat atau sambutan hari jadi, tempat tukar lampin bayi dan sebagainya. “

Wah… Sudahlah makanan sedap, banyak kemudahan pula tu. Memang sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga.

Pendek kata, Restoran Chinese Muslim Abdullah ini sedap, selesa dan murah! Restoran ini dibuka setiap hari (kecuali Khamis) pada pukul 4.30 petang hingga 12.30 malam.

Untuk mengetahui lebih lanjut pasal restoran I I boleh layari laman facebook: Restoran Chinese Muslim Abdullah.

Kalau ke Ipoh, tak lengkap kalau tak singgah tau!

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline.