Gaya Hidup Hiburan

Rita Rudaini langsing sebab senang hati hidup solo

Pelakon Rita Rudaini nampak kekal langsing. Apa agaknya rahsianya yang mampu kekalkan susuk tubuh persis anak dara itu?

“Hati senang sebab duduk sorang tak ada masalah dengan suami… bolehlah langsing,” kata Rita bersahaja apabila ditanya pasal petuanya kekal langsing.

Rita dan anak-anak.

Menurut Rita dengan hidup sendiri bersama-anak-anak kepalanya tak serabut memikirkan masalah rumah tangga membuatkan dia boleh memberi tumpuan kepada diri sendiri.

Ha! kepada wanita di luar sana, jangan susah-susahkan diri memikirkan nasib badan apabila terpaksa hidup sendiri. Inilah masa untuk memasang badan demi kepuasan sendiri. Ikut cara Rita tu, tak ada gunanya bersedih sehingga muka naik lebam dek kuat menangis.

Jangan tak tahu, Rita kini diintai anak muda yang mahu memperisterikannya. Ini kerana kenyataannya kepada media sebelum ini yang mengatakan dia tidak kisah sekiranya berjodoh dengan lelaki yang lebih muda daripadanya sekali lagi.

“Ada yang bersungguh-sungguh mengajak saya kahwin.  Mereka kata sudah matang dan boleh menyayangi saya dan anak-anak saya,” kata Rita.

Rita menolak dengan baik dan tak melihat pun foto lelaki yang menghantar mesej peribadi ke laman sosialnya. Rita belum terdesak mahu menamatkan zaman solo, sementelah setelah beberapa tahun laluinya, dia berasa senang dan mudah.

“Saya bukan menolak tapi memilih yang benar-benar menyenangkan saya dan anak-anak. Dia mestilah turut sayangkan anak-anak saya,” kata Rita pasal ciri lelaki yang mungkin boleh membuka pintu hatinya.

Rita ditemui pada majlis pelancaran Najwa Mediaspa di Evo Mall, Bandar Baru Bangi serta pelancaran derama web Projek Dapat Baby yang menampilkan dia dan Tony Eusoff sebagai pelakon utama semalam.