Buletin

Sabyan Gambus berkonsert di Malaysia 12 Januari ini

Kumpulan nasyid Indonesia, Sabyan Gambus akan mengadakan konsert sulung di Malaysia pada 12 Januari 2019 ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sabyan Gambus mula ditubuhkan pada tahun 2015, terdiri dari enam anggota, Khoirunnisa atau  Nissa, 19 (vokalis), Ahmad Fairuz atau Ayus (keyboard), Sofwan Yusuf atau Wawan (perkusi), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh atau  Tebe (biola), dan Anisa Rahman (vokal latar ).

Mula menjadi fenomena di Indonesia dan Malaysia apabila lagu saduran dinyanyikan kembali oleh mereka yang berjudul Deen As Salam mendapat perhatian di saluran Youtube.

Setakat ini sebanyak 161 juta tontonan dan lagu ini sentiasa mendapat putaran lagu diradio-radio Malaysia mahupun dinegara asal mereka. Bukan itu sahaja, lagu lain seperti Ya Habibal Qolbi, Rohman Ya Rohman dan Ya Asyiqol turut mendapat ratusan juta pendengar di laman youtube.

Justeru, syarikat MHH Laguna Sdn. Bhd mengambil langkah berani dengan menganjurkan “Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019”. Konsert selama tiga jam itu turut menampilkan artis nasyid tempatan seperti UNIC, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.

Di samping itu, penganjur turut mengadakan acara Karnival Geng Sabyan yang akan berlangsung selama tiga  hari bermula 11 hingga 13 Januari 2019. Acara karnival akan berlangsung di sekitar perkarangan stadium daripada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 malam. Pelbagai acara sampingan dan jualan menarik di lokasi turut diadakan .

“Ini merupakan konsert pertama berskala besar yang kami anjurkan, sebelum ini kami hanya uruskan acara pentas berskala sederhana. Jadi kami mengambil serius dalam projek kali ini. Soal pelaburan memang kami mengeluarkan sejumlah modal yang besar dan Insya-Allah kami akan bekerja kuat bagi memastikan Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Tambahnya lagi, bagi memastikan penonton selesa dan berpuashati, mereka memilih stadium Malawati yang memang terkenal sebagai lokasi pelbagai acara bertaraf antarabangsa. Saya amat berharap konsert ini nanti mampu memberikan kepuasan kepada semua penonton,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif MHH Layuna, Muhamad Hariz Harun.

Bagi yang berminat untuk membeli tiket awal, diskaun sebanyak RM100 bagi setiap kategori dan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah Iphone XS. Tiket-tiket boleh dibeli secara online di www.ticket2u.com .

Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019.

INFO :

Nama Penganjur              : MHH Laguna Sdn Bhd

Tarikh Konsert                   : 12 Januari 2019, Sabtu

Lokasi Konsert                   : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor

Artis terlibat                       : Kumpulan Sabyan Gambus

Artis jemputan                  : UNIC , Heliza Helmi dan Hazwani Helmi

Early Bird ( Pembeliaan Awal sehingga 30 November 2018 )

( Pembelian Tiket Early Bird layak menyertai Cabutan Bertuah, hadiah berupa IPHONE XS )

MH 3                     : RM 99.00

MH 2                     : RM 149.00

MH 1                     : RM 199.00

VIP                         : RM 259.00

GOLD                    : RM 399.00

PLATINUM          : RM 899.00

Regular Price ( Harga Asal )

MH 3                     : RM 229.00

MH 2                     : RM249.00

MH 1                     : RM 299.00

VIP                         : RM 359.00

GOLD                    : RM 499.00

PLATINUM          : RM 999.00

Rakan Penaja     : RADIX BRAND, MUBARI SOUND & LIGHT, CONCORDE HOTEL SHAH ALAM.