Hiburan

“Saya Buka Akaun Instagram Kerana MENTOR 7”- DATUK SYAFINAZ

Penyanyi yang juga pensyarah vokal Datuk Syafinaz Selamat,45, mengaku tidak pernah mempunyai akaun laman sosial sendiri sehinggalah dia menjadi mentor untuk rancangan Mentor musim ketujuh yang bakal bersiaran setiap Ahad, bermula pada 28 Oktober 2018.

Syafinaz membuka akaun instagram kerana komitmennya terhadap Mentor 7

Cerita Syafinaz, “Kalau nak tahu, saya tidak pernah ada laman sosial sendiri. Namun disebabkan Mentor 7 ini saya merelakan diri membuka akaun instagram (@datuksyafinazofficial).

“Iyalah.. Akaun ini dibuka kerana komitmen saya terhadap rancangan ini. Lagi pun, banyak perkara tentang Mentor yang boleh saya kongsikan dalam instagram ini.

“Apa yang saya boleh cakap ini adalah satu keperluan dan ketika ini hati saya terbuka untuk ada laman sosial, hanya kerana Mentor 7.”

Luah Datuk Syafinaz yang bersetuju menyertai Mentor 7 kerana mahu berkongsi ilmu serta pengalaman yang ada. Syafinaz juga meletakkan beberapa syarat kepada tiga orang bakal protegenya.

Syafinaz bersama protege-protegenya Lazarul, Aznona dan Ranisha

Sambungnya, “sebenarnya, sebelum  ini sudah beberapa kali pihak TV3 bertanyakan saya untuk menyertai Mentor, tetapi saya tolak cara baik kerana mempunyai banyak komitmen.

“Namun kali ini saya bertegas dengan diri sendiri untuk menyertai program ini. Saya perlu bijak merancang masa dengan bantuan team Mentor.Kalau nak ikut sibuk, memang sentiasa tiada masa.

“Daripada lebih kurang 500 peserta yang hadir ke uji bakat Mentor 7, hanya tiga peserta terbaik dipilih. Saya mahukan protégé-protégé  saya mempunyai identiti sendiri dan menonjolkan vokal yang bagus. Dalam masa yang sama, bersedia untuk bekerja kuat dan terbuka untuk menerima sesuatu yang baru.

“Selain itu, saya bukan sahaja menitikberatkan bakat mereka, tetapi juga cara mereka menjaga penampilan. Itu penting sebagai persediaan mereka untuk menjadi artis.

“Masa yang diberikan hanya lapan minggu, jadi ini bukan masa untuk mencari penyanyi. Sebaliknya tugas saya untuk menyerlahkan lagi bakat mereka dalam nyanyian.

“Apabila jadi mentor, saya sudah bersedia untuk dikritik asalkan ianya membina. Kalau kritikan yang bukan-bukan tu saya abaikan sahaja.”

Begitulah cerita Syafinaz yang menjadi mentor bersama penyanyi lain iaitu Hafiz, Siti Nordiana dan Aizat.

12 bakal protégé telah dipilih bagi menyertai Mentor 7 sepanjang sesi uji bakat yang  berlangsung September lalu.

Konsert mingguan Mentor 7 bermula pada episod kedua (4 Oktober 2018)Dua protégé akan dipilih (daripada tiga orang)oleh setiap mentor menjadikan jumlah protégé seramai lapan orang.

Mentor 7 akan dihoskan oleh Nana Mahazan dan Shuk Sahar diiringi oleh Sarancak di belakang tabir.

Manakala para juri yang terlibat pula adalah  Datuk Wah Idris dan seorang juri yang masih dirahsiakan.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)