Gaya Hidup

Sektor swasta diseru sokong program seni budaya

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi menyeru sektor swasta turut serta memartabatkan seni dan budaya dengan menaja program-program yang mampu memartabatkan seni budaya negara ini.

Beliau berkata, pembangunan industri pelancongan seni dan budaya negara berada dalam landasan yang kukuh, meski berdepan cabaran ekonomi global.

Mohammadin Ketari

“Malaysia juga memiliki kelebihan besar dari segi hasil sumbangan kemajmukan rakyat dan warisan negara kita,” katanya pada majlis ramah mesra  Aidilfitri kementeriannya di Matic, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sektor kebudayaan telah memberi pulangan yang lumayan dari segi penjanaan sosio ekonomi. Ia telah menyumbang RM543 juta kepada pendapatan negara tahun lalu.

Persembahan daripada artis tari Istana Budaya

“Program seni budaya seharusnya menjadi keutamaan kerana ia dapat mengekalkan semangat jati diri dan identiti negara bangsa Malaysia.

“Kementerian juga menghargai semua penggiat industri pelancongan dan kebudayaan di negara ini melalui pemberian insentif mahupun bantuan khidmat nasihat untuk membangunkan kedua-dua industri ini.

“Kemnterian mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan demi menambah baik kedua-dua industri pelancongan dan kebudayaan agar lebih dikenali,” sambungnya.