Hiburan

Seniman akan panjangkan usul Akta Industri Kreatif kepada kerajaan baharu

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengambil pendekatan menyokong dasar kerajaan yang memerintah kerana memerlukan sokongan untuk memperakui pelbagai isu yang dibangkitkan yang berkaitan seni dan anak seni.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, tiada sebab untuk mengatakan mereka sebagai lalang atau mengipas untuk mendekatkan diri dengan mana-mana pemimpin politik  yang memerintah sekarang.

Zed Zaidi

Pada majlis sambutan hari raya, Jalinan Kasih Lebaran Seniman 2018 di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) hujung minggu lalu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud hadir sebagai tetamu VVIP dan menyampaikan bantuan duit raya kepada artis veteran.

Zed beranggapan tidak wajar untuk mengaitkan pandangan politik seseorang ahli Seniman dengan perjuangan persatuan, kerana Seniman mengambil pendekatan berkecuali dan tak campurtangan  untuk mana-mana ahli menyokong mana-mana fahaman politik.

Noraniza Idris menghibur tetamu.

“Kita memperjuangkan seni, kita akan menyokong siapa sahaja kerajaan… hari ini ada wakil dalam kerajaan baharu. segala apa yang kita perjuangkan sebelum ini kita akan angkatlah. Apa yang kita perjuangkan sebelum ini akan disambung kepada kerajaan yang ada sekarang.

“Salah satu perkara yang kita perjuangkan sebelum ini, untuk menubuhkan Akta Industri Kreatif dan Muzik Malaysia. Ia perlu diwujudkan  supaya penggiat seni ini mendapat pembelaan melalui undang-undang.

Dr. Siti Mariah menyampaikan duit raya kepada artis veteran.

“Ini yang kita perjuangkan sebelum ini, tapi sehingga kini peruntukan itu kita tidak dapat. Peruntukan itu perlu sebelum membuat apa sahaja seperi kajian dan dan sebagainya dan kita akan bantu menyediakan sumber daripada sudut artis memberi pandangan mereka.

“Sebelum ini kita pernah usulkan. Sekarang ini kita terus bercakap pasalnya, kalau ditemu bual kita akan bagi tahu. Kita belum lagi berpeluang mengusulkan kepada kerajaan sekarang,” kata Zed.

Zed mengakui banyak kes yang membabitkan artis dimanipulasi oleh inividu lain, namun artis tidak boleh melindungi diri kerana belum ada satu undang-undang khusus yang melindungi hak mereka.

Tetamu menikmati juadah.

“Benda ini kita kena tekankan sebab perkara ini boleh diselesaikan melalui undang-undang. Akta yang ada sekarang seperti Akta Finas misalnya, banyak melindungi kepentingan agensi itu. Finas melindungi bahagian filem sahaja.

“Kita penggiat seni ini perlu dilindungi oleh akta yang berbeza dengan Akta Buruh, kerana dalam Akta Buruh itu tak ada tugas kita (artis) membuat kerja di pejabat. Nelayan pun ada aktanya sendiri.

“Bila semua keperluan masuk dalam akta tersebut, baharulah kita rasa  terjamin dalami ndustri ini. Macam mana pelajar bidang industri kreatif ini bila keluar? Adakah peluang pekerjaan kita wujudkan dan adakah jaminan dari segi undang-undang untuk kita melindungi mereka?” kata Zed lagi.