Buletin

SHAFIE RIO Tersingkir Di Minggu Keempat Gegar Vaganza 5

Perjuangan Shafie Rio dalam Gegar Vaganza musim kelima (GV5) terhenti  apabila diumumkan tersingkir pada konsert keempat malam ini (Ahad, 21 Oktober 2018)

Shafie Rio yang mempersembahkan lagu Ada Apa Dengan Cinta berduet dengan Azharina mendapat markah terendah daripada juri profesional.

Shafie mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro, peminat dan semua yang menyokong selama ini.

Shafie Rio berduet dengan Azharina melalui lagu Ada Apa Dengan Cinta

“Terima kasih kepada juri-juri, peminat dan semua yang menyokong saya selama ini. Mungkin rezeki saya bukan di sini, insya Allah rezeki saya di luar sana.

“Kepada semua peserta lain, selamat maju jaya”

Luah Shafie Rio yang berharap para peminat terus menyokong para peserta lain.

Para peserta lain  yang layak ke pentas GV5 untuk minggu kelima  ialah Amelina yang mendapat markah tertinggi minggu ini, diikuti Farawahida, Noryn Aziz, Dia Fadila, Zamani, Hetty Sarlene, Mya Ruslee, Forteen dan Billy Zulkarnain.

Sebelum ini, Safura serta  kumpulan Elite tersingkir pada konsert minggu kedua dan ketiga.

Kesemua peserta diadili oleh juri profesional Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta Datuk Mokhzani sebagai juri jemputan.

GV5 minggu keempat  menampilkan para peserta mempersembahkan lagu-lagu bertemakan Gegar Vaganza Gegar Bergabung bersama pasangan duet iaitu bekas-bekas peserta Gegar Vaganza musim lalu.

Sementara itu, Bintang Cuccko Paling Gempak minggu ini diberikan kepada Amelina.

GV5 yang  dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor.

Rancangan ini juga bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi, RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Pada konsert minggu kelima, para peserta akan mempersembahkan lagu bertemakan Lama Tak Dengar.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook :Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_
Twitter: instaonline.com.my (@instaonlineMy)

Lagu-lagu yang dipersembahkan oleh peserta GV5 minggu keempat (Tema Gegar Vaganza Gegar Bergabung bersama pasangan duet)

1) Forteen & Haiza (Seluruh Cinta)
2)Amelina & Sam Innuendo (Tak Pernah Hilang)
3) Farawahida & Ezad Lazim (Hati Ini Telah Dilukai)
4) Noryn Aziz & Liza Hanim (Seksis)
5) Dia Fadila & Rahmad Mega (Tangisan Marhaenis)
6) Zamani & Mamat Exist (Ghazal Untuk Rabiah)
7) Hetty Darlene & Zarul Husin (Aku Cinta Aku Rindu)
8) Shafie Rio & Azharina (Ada Apa Dengan Cinta)
9) Mya Ruslee & Tia Jinbara (Bujang Senang)
10) Billy Zulkarnain & Siti Nordiana (Hanya Memuji)

Foto: Instagram @astrogempak