Hiburan

“SHIMA Anggap Kucing Seperti Anak, Kenapa Mereka Boleh Bunuh?” – Baby SHIMA

“Ya Allah… Sebak sehingga menangis Shima tengok video tu. Lelaki tu memang kejam! Tiada hati dan perasaan ke?

“Shima anggap kucing seperti anak, kenapa mereka boleh bunuh macam tak ada perasaan? Sedihnya Shima.

“Shima hanya tengok sekali saja video tu sebab sudah tak sanggup nak tengok lagi. Shima dapat rasakan bagaimana kucing yang manja itu diseksa sebegitu kejam.”

CCTV merakamkan dua lelaki kejam yang membunuh kucing bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering layan diri

Luah penyanyi Baby Shima yang juga seorang pencinta kucing.

Baru- baru ini, dua lelaki dengan kejamnya menyumbat seekor kucing betina yang sedang bunting ke dalam mesin pengering layan diri di sebuah kedai dobi di Taman Gombak Ria, Gombak, Selangor.

Selepas kucing tersebut mati, bangkainya dibiarkan begitu sahaja.

Kekejaman ini dirakamkan menerusi kamera liar tertutup ( CCTV) dan di muat naik di Facebook.

Baby Shima Anggap kucingnya seperti anak, bagaimana orang lain boleh sanggup menyeksa kucing?

Sambung Shima, “bila kes ini berlaku, Shima terus teringatkan kucing Shima di Kuala Lumpur. Namanya Baby. Tak dapat Shima bayangkan kalau itu terjadi kepada Baby.

“Sebagai pencinta kucing, sudah tentu Shima sangat sensitif dengan apa sahaja hal yang melibatkan kucing.

“Kalau tengok kucing lapar pun Shima rasa sedih, apatah lagi apabila seekor kucing bunting dibunuh. Ya Allah… Apalah nak jadi dengan manusia sekarang.

“Shima harap, semua pihak mengambil serius tentang apa yang berlaku. Bukan sahaja terhadap kucing tetapi juga binatang peliharaan yang lain.

“Untuk mencegah hal seperti ini berulang, sama-samalah kita guna media sosial untuk mengatakan tidak kepada kekejaman terhadap haiwan terutamanya kucing.

“Shima juga sesiapa sahaja yang menyakiti atau mendera kucing akan terima balasan yang setimpal.”

Semoga apa yang diluahkan oleh  Baby Shima ini membangkitkan lagi semangat kita untuk menentang kekejaman terhadap haiwan ya!

Kucing Hilangkan Stress

Baby Shima yang mempunyai seekor kucing bernama Baby, mengaku kucing membuatkan dirinya lebih bahagia.

“Sebelum ni Shima ada empat ekor kucing tapi ada yang mati sebab sakit. Ada juga yang hilang. Jadi sekarang tinggallah seekor  sahaja.

Inilah kucing kesayangan Baby Shima. Namanya Baby. Comel kan?

“Namanya Baby sebab Shima sukakan budak kecil, itu yang bagi nama Baby. Dah lapan tahun Shima jaga Baby.

“Bila bersama Baby, Shima manjakannya seperti anak sendiri. Bila stres, Shima belai Baby, rasa leg dan tenang. Kiranys kucing ni seperti tetapi buat diri.”

Haa… Kalau nak tahu, Baby Shima ada akaun instagram k has untuk kucingnya iaitu @omey_baby.

Baby Shima akan berduet dengan Haiza melalui lagu Ku Mahu (nyanyian asal Siti Nurhaliza) dalam konsert Big Stage separuh akhir pada Ahad ini.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Foto: Instagram kucing Baby Shima (@omey_baby)