Hiburan Video

Showcase The Best of Joe di HRC KL 9 Disember

Bekas gitaris utama Wings, Joe memiliki keistimewaan gorengan gitarnya. Selain gitar dalam lagu-lagu kumpulan Wings, dia juga bermain untuk lagu penyanyi lain.
Setelah 32 tahun gah dalam industri, Joe akan mengadakan showcase istimewa, The Best of Joe di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 9 Disember ini.
Dia akan diiringi oleh dua anggota kumpulan terkininya Prime Domestic, Ainol dan Rozaimi serta Adi daripada Soul Statue dengan Zul sebagai vokalis.
“Lagu yang akan dipersembahkan nanti pilihan saya sendiri. Banyak lagu yang tak sempat atau jarang dipersembahkan terutama lagu-lagu Wings semasa bersama Mus,” kata Joe.
Joe menganggap showcase itu sangat istimewa kerana ia mengangkat lagu ciptaannya serta lagu ciptaan komposer lain yang dihiasi petikan gitar signaturenya dalam lagu itu.
Tiket masuk menonton berharga RM50 boleh dibeli terus dari Hard Rock Cafe. Untuk pertanyaan boleh hubungi talian 03-2715 5555.
Joe yang juga penerbit album mula memasuki industri pada tahun 1986 bersama kumpulan Scandal.
Setelah hasilkan dua buah album, dia menyertai Wings dua tahun kemudian dan sempat menerbitkan 11 album studio Wings serta lima buah album live concert.
Tahun lalu Joe menubuhkan kumpulan Prime Domestic dengan album Prima Domestika.
Showcase tersebut dibawakan oleh JJ Rockestra. Untuk pertanyaan kepada penganjur boleh hubungi Zaini di talian 019 368 1917.

Ikuti kenyataan Joe: