Buletin

SITI, ZIANA, WANY HASRITA, HAEL ‘Gegar’, Konsert Mestika D’Klasik

Ruginya kalau tak datang! Radio Televisyen Malaysia (RTM) kali ini menjelajah ke Johor Bahru bagi menjayakan Temasya Sehati@RTM “Menggamit Kenangan” anjuran stesen Radio Klasik dengan kerjasama JOHORfm.

Acara yang bakal berlangsung pada 11 hingga 13 Oktober di Perkarangan Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar (RTM Johor) Johor Bahru ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik.

Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang popular dengan lagu Anta Permana

Acara kemuncak yang paling ditunggu-tunggu adalah Konsert Mestika D’Klasik 2 Dekad yang dipersembahkan secara langsung pada 13 Oktober, hari Sabtu, pukul 8.30 malam menerusi saluran TV2, FBLive dan Radio Klasik

Buat julung kalinya, pentas konsert ini menggabungkan artis baharu dan artis veteran dari Malaysia dan Singapura iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Rahim Maarof, Herman Tino, Mas Idayu, Dato Nash, Man Bai, Noraniza Idris, Raja Azura, Hael Husaini, Dato Jeffrydeen, Rahimah Rahim, Wany Hasrita, Junainah Mamin, Jay Jay, Ruhil Amani, Nona Ushera, Abon dan Radhi Bintang P. Ramlee.

Bintang Paling Popular, Wany Hasrita dan HAEL Husaini tidak ketinggalan akan ‘gegar’ konsert ini

Pelbagai himpunan lagu-lagu popular dan malar segar yang menrentas zaman dari era 50-an hingga awal tahun 2000 akan dipersembahkan dalam bentuk orkestra dengan iringan Orkestra RTM dan Orkestra Tradisional Malaysia.

Sementara itu, antara aktiviti yang akan berlangsung sepanjang Temasya Sehati@RTM Menggamit Kenangan ialah Pameran dan Pertandingan Vespa & Lambretta D’Klasik dengan kerjasama Kelab Vespa Lambretta Johor, Showcase Suara 90-an D’Klasik, Ceramah agama “Mustaqeem” bersama-sama YBhg. Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias, Kejohanan Bola Jaring D’Klasik, Pertandingan Busana & Mekap Tradisional, D’Klasik Fun Run 2018 dengan tema pakaian Batik dan Pelik at dan  Pertandingan memasak Asam Pedas dan Mee Bandung.

Jom sertai program bersama Datuk Ustaz Mohd Lazim Elias

Bukan itu sahaja, aktiviti lain yang boleh disertai adalah  Pertandingan Gubahan Sireh, pameran dan jualan yang menarik. 

Apa lagi? Jom temui para penyampai radio RTM di Temasya Sehati@RTM Menggamit Kenangan mulai 11 hingga 13 Oktober 2018 dan sertailah pelbagai program dan aktiviti menarik serta saksikan Konsert Mestika D’Klasik 2 Dekad secara langsung pada 13 Oktober 2018 (Sabtu), bermula pukul 8.30 malam di Auditorium Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar Johor Bahru, Johor.

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook: Insta Online
Instagram :@instaonline.com.my_