Viral

Susulan 6 Bomba Meninggal Dunia, Remaja Disahkan Mati Lemas

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah perasaan keluarga dan teman-teman rapat kepada enam anggota Bomba yang meninggal dunia semalam (3 Oktober 2018).

Bukan itu sahaja, keluarga remaja yang disahkan mati lemas di lombong  juga mempunyai perasaan yang sama.

pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan mayat itu berhampiran lokasi kejadian pada pukul 5.45 petang.

Mayat remaja, Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17, yang dipercayai lemas di lombong yang bersempadan Taman Putra Perdana, Puchong, di sini berjaya ditemukan petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi JPBM Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan mayat itu berhampiran lokasi kejadian pada pukul 5.45 petang.

Remaja berusia 17 tahun itu tergelincir dari sebuah jambatan berhampiran lombong itu kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Semalam, enam anggota bomba mati lemas dalam operasi mencari dan menyelamat remaja itu.

Inilah enam hero kita semua. Semoga mereka tergolong dalam mereka yang beriman. Jasa mereka hanya Allah yang mampu membalasnya. Amin…

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, kesemua anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor itu dilaporkan mati lemas akibat dibawa arus deras.

Empat daripada mangsa terkorban adalah anggota BBP Pelabuhan Klang iaitu Mohd. Fatah Hashim, 34: Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

Dua lagi, anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Sama-sama kita doakan agar mereka digolongkan di kalangan orang-orang beriman. Amin..

Kita yang masih hidup ini memanglah berasa sedih dengan apa yang berlaku, apa yang mampu kita lakukan hanya  berdoa buat mereka ya!

Teruskan layari instaonline.com.my #instaonline

Facebook: Insta Online
Instagram: @instaonline.com.my_

Artikel sebelum ini:

6 Bomba Meninggal Dunia Ketika Menyelamat Mangsa Lemas Di Lombong

Sumber: Utusan Online