Gaya Hidup Viral

Syarikat Malaysia pengeluar tunggal Miami Grill sejuk beku

Jenama restoran eksklusif Miami Grill milik penyanyi Pitbull yang berpusat di Miami, Florida Amerika Syarikat sejak tahun 1980 sangat terkenal kerana keistimewaan rasanya yang berbeza dengan  rangkaian restoran lain.

Rangkaiannya kini ada di 31 lokasi dengan ratusan outlet dan kebanyakannya di Florida. Lokasi lain termasuk Hawaii, Indiana dan South Carolina. Malaysia juga sudah ada francaisnya sejak tahun 2015 lagi. Menu popularnya seperti kepak ayam, ayam salai, sandwich makanan laut serta pizza. 

Izatsham Othman, Pengarah Pemasaran Selasih Journal.

Syarikat Selasih Journal yang mendapat hak francais di Malaysia menjadi satu-satunya pengeluar ayam salai frozen dengan sos chipotle berstatus halal. Mereka mendapat persetujuan pemilik Miami Grill yang sebenarnya tidak mengeluarkan jenama itu secara makanan sejuk beku.

“Kita kena ikut kehendak mereka yang tidak mahu keaslian rasanya terjejas. Pihak kami menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan dapat mencapai kehendak mereka.

“Ia bukannya kerja mudah kerana kami menekankan aspek halal. Alhamulillah pihak mereka yang membuat pemerhatian berpuas hati dengan apa yang kami hasilkan,” kata Pengarah Pemasaran Selasih Journal, Izatsham Othman ketika ditemui pada majlis pelancaran produk itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Izatsham mendedahkan, mereka tertarik dengan menu Miami Grill semasa berkunjung ke California pada tahun 2014. Dia tertarik dengan  keenakan sos yang digunakan dalam menu. Hasil perbincangan, pada tahun 2015, mereka sudah mendapat persetujuan hak francais.

Janama Miami Grill kini milik Pitbull sejak tahu 2012 itu sudah dipasarkan di rangkaian pasaraya AEON di seluruh negara.

Mereka juga menjalankan kerjasama dengan AAH Nippon, Edaran Komachi dan Pure Good Hub dan akan memasuki pasaran Jepun, Singapura dan Filipina dengan membawa cita rasa Miami Grill yang lazat.

Sos chipotle yang digunakan adalah adunan rempah sensasi dengan rasa tangy dan smoky yang pastinya akan menggoda deria rasa peminat makanan berasaskan ayam. Malah ayam salai yang mereka pasarkan juga boleh digunakan untuk masakan tempatan atau Barat.

Miami Grill ayam salai sejuk beku ini juga mudah dimasak. Bagi yang mahu cepat boleh sahaja memanaskannya selama tiga minit di dalam mikrowave oven.

Bagi yang mahu menikmati ayam salai ini dengan suasana santai di restoran boleh singgah di Miami Grill Restaurany and Evebnt Space, No. 3, B3, Menara JH, Presint 2 Putrajaya yang terletak di Tasik Putrajaya.

Perniagaan dibuka setiap hari kecuali Jumaat mulai pukul 11.00 pagi hinmgga 7.00 malam. Untuk tempahan boleh hubungi talian 03-8893 0133.

Sejarah Miami Grill

Pengasasnya, Gus Boulis membina jenama Mr. Submarine atau Mr. Sub di Kanada dan berkembamg kepada 200 lokasi. Dia bersara dan meneruskan hidup ke Florida. Di Florida pada tahun 1980 dia membuka restoran di Key West dengan nama Mr. Submarine yang kemudiannya dikenali Miami Subs Grill.

Pada 1998 dia membawa masuk fish and chip jenama Arthur Treacher ke dalam rangkaian Miami Subs Grill, bagaimanapun penyatuan itu gagal apabila saham Arthur Treacher jatuh merudum.

Pada 1999, Nathan Famous membeli rangkaian itu dan membawa Miami Subs Grill di bawah bumbung Nathan. Ia berkembang sehingga 175 outlet. Bagaimanapun ia sekali lagi alami krisis kerana masalah pengurusan pada tahun 2007 dan kemudian menjualnya kepada Miami Subs Capital Partner 1 Inc.

Pada 24 Julai 2012,  Pitbull membelinya pula dan memilikinya sehingga sekarang. Pada tahun 2014 syarikat memutuskan rebranding dengan mahu dikenali sebagai Miami Grill.