Sukan Viral

Syed Saddiq dipuji kutip sampah

Menteri Belia dan Sukan baharu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipuji kerana turut bantu kutip sampah di stadium.

Beliau membantu petugas kebersihan mengutip sampah di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas perlawanan akhir Piala FA malam tadi. 

Ada yang memuji langkah itu sebagai contoh terbaik dan memberi kesedaran kepada penonton untuk mementingkan aspek kebersihan.

Semoga contoh terbaik itu akan menbuatkan kesedaran sivik penonton akan berubah.

Ada juga segelintir netizen yang menganggapnya sebagai tindakan memandirkan rakyat dan bermotif politik untuk mendapat perhatian walaupun hanya dilakukan sekali sahaja.

“Betul lah semuanya untuk dapat publisiti demi untuk jaga kedudukan masing masing dalam politik itu dah jadi lumrah orang politik untuk ambil hati rakyat saja,” tulis seorang anak seni.

“Sepatutnya Syed Saddiq dilantik jadi menteri Indah Water & Alam Flora. Azmin Ali diawal perlantikkan sebagai MB juga masuk dan cuci longkang tersumbat…tu je la sekali dia buat. #pandirkanrakyat,” muatnaik seorang pegawai promosi syarikat rakaman.