Sukan Viral

Syed Saddiq kotakan amanat

Semasa berucap pada hari pertama menjalankan tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu orang muda jalani hidup cara sihat.

Petang tadi beliau mengamalkan saranan tersebut dengan beriadah bersama kakitangan kementeriannya.

Berseluar pendek sahaja

Menteri popular berusia 25 tahun itu berjogging dan bersenam bersama  beberapa orang kakitangan selepas tamat waktu pejabat.

Dalam Instagramnya, Syed Saddiq memberitahu dia dan kumpulan tersebut sempat jogging sejauh 5 kilometer sekitar Putrajaya.

Sebagai anak muda, Saddiq tampil santai dengan berseluar pendek sahaja. Gelagatnya berseluar pendek juga ditegur netizen.

Ada komen yang berharap Saddiq berseluar panjang menutup aurat atau seluar yang labuh sedikit.

Apatah lagi kakitangan yang jogging bersama pun berseluar panjang.