Sukan

Syed Saddiq minta pandangan TMJ untuk majukan bolasepak

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta pandangan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk berusaha memajukan bolasepak negara.

Dalam laman Instagramnya, Syed Saddiq memuatnaik foto menumpang kereta yang dipandu oleh TMJ sambil mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor yang menjuarai Liga Super lima kali berturut turut.

“Mendapatkan nasihat bagaimana mahu memajukan bola sepak pada masa akan datang,” tulisnya dalam Bahasa Inggeris.